Sudah menjadi tanggungjawab buat setiap pemandu kenderaan untuk tidak sewenang-wenangnya berhenti di lorong kecemasan dalam mengelakkan daripada kejadian tidak diingini berlaku.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, kejadian seperti ini masih lagi berlaku yang sekaligus telah mencetus kemalangan melibatkan sebuah Perodua Myvi berwarna kuning dengan sebuah motosikal di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang baru sahaja empat hari dibuka.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, kejadian berlaku pada jam 2.45 petang itu berlaku di lokasi satu kilometer dari Tol Bukit Teratai meghala ke Kuala Lumpur.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →

Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang lelaki telah berhenti di lorong kecemasan dengan tujuan melihat pemandangan.

“Kemudian sebuah motosikal jenis Suzuki dari arah belakang melanggar bahagian belakang kereta terbabit sehingga menyebabkan kecederaan kepada penunggang lelaki di bahagian kaki, katanya dalam kenyataan. Menurut Mohamad Farouk, mangsa telah dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Laporan yang dikongsikan oleh Facebook Polis Daerah Ampang Jaya ini telah menarik perhatian netizen yang mahukan penguatkuasaan yang lebih ketat pada lebuh raya SUKE.

Sumber: Facebook Polis Daerah Ampang Jaya
Sumber: Facebook Polis Daerah Ampang Jaya

Tidak kurang juga yang memaklumkan ramai pengguna jalan raya yang berada di lebuh raya SUKE pada waktu malam untuk melihat pemandangan yang secara tidak langsung membahayakan pemandu-pemandu lain.

Kemalangan melibatkan Perodua Myvi dan motosikal Suzuki ini yang berlaku ini sekaligus menjadi kemalangan pertama berlaku di Lebuh Raya SUKE setelah empat hari.