Charlie Hebdo, sebuah majalah satira dari Perancis telah bertindak menerbitkan semula karikatur Nabi Muhammad yang mencetuskan serangan pengganas ke atas majalah tersebut pada tahun 2015.

Tindakan ini telah menerima kecaman daripada pelbagai pihak dengan sesetengah daripada mereka menyatakan bahawa Charlie Hebdo bertindak di bawah hak kebebasan bersuara, manakala sekumpulan lagi menyatakan tindakan tersebut adalah simbol provokasi kepada penganut Islam.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

Difahamkan, tindakan Charlie Hebdo mencetak semula karikatur tersebut dengan tajuk “kekejaman telah terjadi disebabkan gambar ini” pada hari yang sama dengan perbicaraan 14 orang yang dituduh membantu serangan pengganas di pejabat mereka dan sebuah pasar raya di ibu kota Paris pada Januari 2015.

Pelukis yang bertindak melukis karikatur tersebut, Cabu atau nama sebenarnya Jean Cabut mati ditembak oleh pengganas pada tahun 2015. Pengganas tersebut dilaporkan membawa senapang, lalu menembak mereka yang berada di pejabat Charlie Hebdo dan telah mengakibatkan 12 orang mati, termasuk 9 kakitangan editorial, seorang pekerja pembersihan dan dua anggota polis.

Pengarah Urusan Charlie Hebdo dalam satu kenyataan menyatakan tindakan mereka menerbitkan semula karikatur terbabit adalah bagi memperingati kejadian yang berlaku pada tahun 2015. Idea ini juga telah mencetus kepada keputusan editor untuk mencetak semula karikatur tersebut disebabkan permintaan pembaca.

“Kami tidak akan pernah turun dan berhenti memperjuangkan kebebasan bersuara,” tulisnya. “Sejak sekian lama pembaca kami telah mendesak pasukan editorial untuk mencetak semula kartun ini. Kami tidak takut, tetapi merasakan kami memerlukan alasan yang kuat untuk melakukannya. Perbicaraan para defendan adalah saat yang tepat untuk menghidupkan perdebatan awam mengenai pentingnya kebebasan bersuara. ”

Kartun yang mengejek tokoh Islam tersebut sebenarnya diterbitkan untuk pertama kalinya pada Februari 2006. Ia menggambarkan sosok seorang nabi yang memimpin penganut beragama Islam. Selain Charlie Hebdo, surat khabar Denmark Jyllands-Posten pada tahun 2005 juga bertindak melakukan perkara yang sama sehingga mencetuskan protes di pelbagai negara Muslim.

Tindakan Charlie Hebdo ini telah dikritik oleh Colin P. Clarke, seorang profesor di University of Pittsburgh. Dia menyatakan bahawa tindakan mereka bakal mencetuskan reaksi negatif dari umat Islam seluruh dunia dan sengaja diterbitkan semula untuk menghina agama Islam. “Kartun itu sendiri sangat provokatif sejak awal dan sengaja menghina Islam,” kata Colin.

“Saya faham bahawa penerbitan seperti Charlie Hebdo dilindungi oleh peraturan kebebasan bersuara di Perancis. Namun, tema yang dibangkitkan jelas bertentangan dengan nilai-nilai demokratik yang dikatakan mereka promosikan,” tambah Colin.

Kementerian Luar Pakistan turut mengkritik keputusan Charlie Hebdo untuk menerbitkan semula kartun itu. “Kartun yang sengaja menyinggung perasaan berbilion-bilion umat Islam di seluruh dunia tidak boleh dianggap sebagai amalan kebebasan media atau kebebasan bersuara,” kata seorang jurucakap Kementerian Luar Pakistan.

Charlie Hebdo sebenarnya pernah dibom pada tahun 2011 kerana menerbitkan kartun yang menghina Nabi Muhammad. Akibat kekecohan yang dicetuskan oleh Charlie Hebdo, kerajaan Perancis terpaksa menutup sekolah dan kedutaan antarabangsa di lebih 20 negara dengan majoritinya adalah negara Muslim kerana khuatir menjadi sasaran kumpulan radikal.

Terdahulu, ahli parlimen anti-Islam Belanda cetus provokasi apabila menganjurkan pertandingan melukis Nabi Muhammad. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ahli Parlimen Anti-Islam Belanda Cetus Provokasi, Anjurkan Pertandingan Melukis Nabi Muhammad

Tragedi George Floyd, Ilmuwan Non-Muslim Kagum Dengan Cara Nabi Muhammad Menentang Rasisme

Bagaimana Muhammad Al Fateh Berusaha Menawan Kota Konstatinopel Pada 29 Mei 1453

Anda Mungkin Suka