Sebelum ini, iklan Watson pernah dilanda kontroversi apabila mengetengahkan watak ‘Dayang Senandung’ dalam iklannya. Terbaharu, video muzik oleh penyanyi Malaysia ini pula mencetuskan kontroversi apabila memaparkan wanita bangsa Cina berkulit gelap menjadi cerah dalam satu video muziknya.

Untuk pengetahuan anda, video muzik tersebut merupakan iklan produk pemutihan kulit yang dikenali sebagai Snowbebe. Watak utama, seorang pelajar yang warna kulitnya kelihatan gelap dibuli rakan sekolah lalu menggunakan produk tersebut dan wajahnya bertukar menjadi cerah.

1933fe22-5f05-11eb-9099-aaa38b7b3943_972x_202243

Video muzik tersebut mendapat kecaman netizen kerana dianggap tidak menjaga sensitiviti kaum dan buat ramai tersinggung. Rata-rata netizen menegaskan jika mahu menonjolkan watak kulit yang ‘sunburn’ tidak perlu dipakaikan makeup seperti itu.

Bukan itu sahaja, ramai yang  berasa tidak sewajarnya isu seperti ini wujud kerana rakyat Malaysia sudah lama hidup dalam suasana muhibbah. Isu ini secara tidak langsung melukakan hati ramai pihak.

Screenshot 2021-01-26 at 10.02.43 AM

Screenshot 2021-01-26 at 10.03.29 AM

Screenshot 2021-01-26 at 10.01.57 AM

Oleh itu, penyanyi tersebut, Haoren dalam satu kenyataan di Facebook meminta maaf jika video muzik itu menyinggung perasaan ramai orang. Tambahnya, jalan cerita dalam video tersebut berdasarkan kisah benar dan watak utama terpaksa memakai makeup seperti itu untuk menampakkan kulit tanned.

Isu ini bukan sahaja menjadi perhatian rakyat Malaysia tetapi juga peringkat antarabangsa apabila media luar turut melaporkan berita akan hal ini. Difahamkan, video muzik tersebut telah dipadamkan di YouTube sementara waktu. Berhubung isu tersebut, Haoren akan menjelaskan segalanya dalam satu video pada malam nanti. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel menarik di the Vocket pada pautan di bawah ini.

Mahu Jaga Nama Baik Keluarga, Syafi Tee Elak Babak Bersentuhan Dalam Lakonan

Wajah Kekal Tenang, Netizen Terhibur Lihat Nora Danish Terhantuk Pintu Kereta Dalam Drama Bougainvillea