Dengan kemudahan teknologi dan akses ke YouTube, terdapat sejumlah individu mencuba nasib untuk menjadi popular. Jadi, pelbagai gimik dilakukan untuk video tular di YouTube.

Demi populariti, Trevor Daniel Jacob iaitu seorang pencipta konten di YouTube sanggup memalsukan insiden kapal terbang beliau terhempas pada November tahun lalu. Usaha Jacob dilihat berjaya dengan video berdurasi 12 minit beliau ditonton lebih 3.9 juta kali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://youtu.be/vbYszLNZxhM

Selepas disiasat oleh FAA, Jacob kini berhadapan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan pada waktu yang sama lesen penerbangan beliau telah pun dibatalkan pada April tahun lalu. Beliau mengaku menghempaskan pesawat demi menghasilkan video tular dan meningkatkan jumlah pengikut.

Walaupun Jacob mengaku bersalah, hukuman masih belum dijatuhkan dengan tarikh belum lagi diumumkan.

Anda diingatkan untuk berfikiran rasional dalam pembikinan konten kerana setiap tindakan merbahaya akan membawa padah. Terdapat sejumlah idea konten yang baik boleh diinspirasikan daripada ikon terkemuka yang lain seperti Sofyank dan banyak lagi.

Sumber