Mungkin ramai yang sudah tahu berkenaan polisi memulangkan pakaian di butik antarabangsa di mana dalam tempoh tertentu, baju yang dibeli boleh dipulangkan semula sekiranya pembeli tidak berpuas hati dengan barangan yang dibeli asalkan resit asal disimpan dan tag tidak dibuang.

Seorang pemuda menerusi akaunnya di TikTok menceritakan ‘rahsia’ untuk berjimat sekiranya shopping di butik ternama H&M. ‘Rahsia’ pertamanya adalah program recycling di mana sekiranya anda membawa baju terpakai anda ke H&M, anda akan terima baucar diskaun 15% untuk pembelian akan datang anda.

Namun, ‘rahsia’ keduanya tidak dipersetujui oleh netizen. Benar anda boleh dapat semula wang anda jika memulangkan produk H&M yang sudah dibeli, tetapi sebab mengapa beliau memulangkan seluar berkenaan tidak disenangi netizen.

Menurut pemuda tersebut, beliau membeli sehelai seluar pendek di H&M untuk dipakai untuk satu majlis. Selepas majlis tersebut beliau membuat keputusan untuk memulangkan kembali seluar tersebut kerana tidak mahu menyimpannya dan mahu duit beliau dikembalikan.

Beliau turut memberi tip supaya tidak memotong tag harga dan menyimpan resit supaya urusan pemulangan berjalan lancar.

Antara komen daripada netizen. Sumber: Facebook

Namun, netizen yang melihat video berkenaan ternyata tidak setuju dengan ‘rahsia’ kedua pemuda ini. Menurut mereka, pemuda terbabit secara sengaja telah mencabuli return policy butik berkenaan dan tidak bersikap jujur.

Di negara luar, exchange policy ini kerap disalah guna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kerana mahu melaram pakaian baharu secara ‘percuma’. Selepas puas memakainya, mereka akan pulangkan kembali pakaian tersebut ke butik.

Semoga menjadi iktibar buat semua. Tidak salah untuk pulangkan kembali barangan jika ia bukan saiz anda. Bersikap jujurlah dalam apa jua keadaan.

Ini pula beberapa ‘rahsia’ sebenar yang anda boleh cuba di dunia sebenar. Baca pada pautan di bawah.

Bekas Pekerja Subway Ini Dedah ‘Rahsia’ Untuk Jadikan Sandwich Anda Lebih Sedap

Ini Bahan ‘Rahsia’ Untuk Perapan Daging Lebih Lembut Dan Lazat

Nenek Berusia 106 Tahun Pulih Dari COVID-19, Kongsi ‘Rahsia’ Untuk Kekal Sihat