Pejam celik, pejam celik lagi beberapa hari sahaja lagi akan masuk bulan Ramadan. Minggu pertama Ramadan, memang anda rasa bersemangat mahu masak apa untuk sahur kan? Masuk minggu kedua, lemau sudah fikir mahu masak apa, lebih baik tidur sahaja.

Mana tidaknya, azan Subuh pukul 6 pagi, tapi anda bangun pukul 5.50 pagi. Memang tak sempat lah hendak memasak. Anda tahu kan amalan bersahur ini penting untuk memastikan anda kekal bertenaga sepanjang hari.

Bersahur juga memastikan anda dapat mengamalkan makan secara sihat dan mengurangkan simptom akibat kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk ketika berpuasa. Pesanan Rasulullah SAW, “Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat keberkatan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Anda mesti nak makanan yang sedap dan mudah untuk disediakan untuk bersahurkan kan? Jom kita lihat makanan mudah untuk disediakan yang menjadi pilihan ramai!

Kawan Food menawarkan pelbagai produk makanan yang pantas dan mudah untuk disediakan

Kalau anda hendak masak menu-menu yang sedap dan mudah waktu sahur, apa kata anda cuba guna produk Kawan Food. Tak payah dah nak susah-susah sepahkan dapur sebab menumis semua. Antara produk keluaran mereka yang paling popular ialah paratha dan malabar roti tau!

Tahu tak sebab apa malabar roti ni selalu menjadi pilihan ramai? Sebab malabar roti Kawan Food memang rangup dan lembut, sangat sesuai dijadikan hidangan sahur kerana amatlah mudah untuk disediakan dan rasanya yang lazat untuk dinikmati seisi keluarga.

Sekali gigit confirm krup krap krup krap. Sedap betul!

Yang paling penting semua produk daripada Kawan Food adalah 100% Halalan Toyyiban dan tiada bahan pengawet tambahan. Baru seronok makan hidangan yang sihat dan suci ketika bersahur.

Siap boleh dapat free produk dari Chek Hup lagi tau!

Untuk pengetahuan anda, Kawan Food ada buat promosi Ramadhan; beli 2 malabar roti, anda akan dapat free 2 tarik sachets (1 Kopi Tarik 28g & 1 Cham Tarik 25g) dan 1 Vintage Mug daripada Chek Hup.

Apa tunggu lagi? Anda boleh klik di sini untuk dapatkan promosi Ramadan Kawan Food ni tau!

Memang syok lah, makan malabar roti dengan kopi tarik daripada Chek Hup! Bak kata pepatah ‘perut kenyang, hati pun senang’. Anda mesti tertanya-tanya kan macam mana rasa malabar roti ni?

Kalau dah cuba makan malabar roti ni confirm tak cari lain dah sebab ia rangup di luar lembut di dalam, nak lagi sedap anda cicah dengan kuah dhal, memang mantap!

Mesti anda terliur kan? Apa tunggu lagi, jomlah ajak ahli keluarga, kawan-kawan untuk borong malabar roti di kawanfood.my selagi stock masih ada. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Kawan Food.

Ini ukuran tempoh berpuasa buat antara Malaysia dan negara lain di seluruh dunia. Baca lagi pada pautan di bawah.

Ini Ukuran Tempoh Berpuasa Sehari Di Seluruh Dunia

Pengalaman Saya Bawa Warga Jepun Merasai Kemeriahan Aidilfitri

Tak Sangka Di Burj Khalifa Dubai Ada 3 Waktu Berbuka Puasa Yang Berbeza