Makan gula-gula getah di Singapura adalah menjadi satu kesalahan, Jika didapati bersalah anda mungkin boleh dikenakan denda. Jadi sila ambil tahu undang-undang ini sebelum ke sana.

3

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seorang artis dari Itali, Maurizio Savini atau juga dikenali dengan panggilan seniman ‘Chewing Gum’ kini mempamerkan hasil karya di Singapura.

Buat pengetahuan anda, gula-gula getah hanya dibenarkan jika mendapat pengesahan daripada doktor sahaja. Ya! Mungkin fakta ini kelihatan sedikit lucu, dan ini sebabnya kenapa pameran seni daripada gula-gula getah kali ini jadi menarik dan mendapat sambutan.

Ukiran arca gula-gula getah ini dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti gajah, kura-kura, buaya, beruang dan banyak lagi. Hasilnya memang sungguh menakjubkan.

Anda boleh lihat karya seni oleh Maurizio Savini melalui gambar yang kami paparkan di bawah.

2

4

1

5

Jangan salah faham pula, gula-gula getah ini dilentur dengan alat pemanas khas dan bukannya dikunyah. Jadi karya seni ini 100% bebas air liur. Ia juga disalut dengan formaldehid dan antibiotik supaya tidak rosak dan tahan lama.

Sumber