Jika martial arts lebih dikenali sebagai seni mempertahankan diri, manakala parkour pula adalah seni melarikan diri. Keseimbangan yang sempurna jika dapat menguasai kedua-dua seni ini. Alasannya, kerana tidak semestinya setiap masa kita perlu mempertahankan diri, ada juga waktu kita perlu bertindak untuk melarikan diri.

Keadaan mendesak mendorong seseorang untuk berfikir lebih kreatif hingga sanggup melakukan apa sahaja terutama apabila melibatkan nyawa, dan itulah yang berlaku di Syria.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya yakin, hari ini parkour bukanlah sesuatu yang asing lagi didengari. Boleh dikatakan di seluruh dunia ada pengiat seni parkour, termasuk Malaysia. Siapa tak terpengun melihat aksi cool terjun dan lompat bangunan tanpa alat keselamatan bukan?

Namun begitu, cerita yang berbeza di Syria. Aktiviti ekstrim yang diiktiraf sebagai sukan ini digunakan oleh remaja-remaja Syria untuk bantu mereka lari dari kawasan perang. Erti kata lain, parkour adalah ekspresi kebebasan bagi remaja di Syria.

Terperangkap dalam konfilik perang yang panjang tidak bermakna mereka perlu berdiam diri. Apa yang dilakukan oleh sekumpulan remaja di Syria adalah untuk berlatih dan menguasi seni parkour ini.

Meskipun tidak mudah untuk mereka menguasainya, namun ia pelaburan yang berbaloi apabila mereka berjaya menggunakannya untuk melepaskan diri dari kawasan perang melalui teknik ini.

Menurut salah seorang dari ahli parkour Syria bernama  Muhannad al-Kadiri, beliau berkata “saya suka bersaing dengan rakan-rakan yang lain untuk melihat siapa yang berjaya membuat lompatan yang paling tinggi.”

Bila ditanya tentang latihan pula, mereka berkata sesi latihan selalunya dilakukan di halaman sekolah ketika tiada pertempuran. Waktu ini mereka akan memanfaatkan masa yang ada untuk mempelajari seni parkour.

Sepanjang 2 tahun bermain dengan parkour, kumpulan mereka kini mempunyai seramai 15 orang ahli. Dalam pada itu, mereka juga berkata tidak terkecuali ahlinya mengalami cedera seperti lebam, terseliuh, luka termasuk patah kaki.

Baca juga: Bagaimana Daripada Suka-Suka Bawa Aku Terlibat Secara Serius Dengan Sukan Parkour