Meredah kepanasan bandaraya tua Melaka memang nyaman jika dapat menghirup bersama secawan teh ais warung sate tepi Sungai Melaka.

Sebelum saya ke destinasi sebenar di Jalan Tukang Emas, saya melencong sebentar. Singgah ke Kg. Jawa menemani keluarga ke kedai membaiki barangan rotan yang terletak di Kg. Jawa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
masjid-kling-melaka-2
Hasil seni halus yang diintrepetasikan di bangunan-bangunan lama sekitar Bandaraya Melaka.

Mungkin ramai di antara kita tidak begitu biasa dengan nama Masjid Kg Kling. Maklumlah, Masjid Kg Kling ini terletak agak jauh sedikit dari laluan utama.

Kita lebih mengenali Masjid Tengkera dan Masjid Kg. Hulu kerana terletak di laluan utama kenderaan. Tahukah anda, Masjid Kg Kling juga merupakan antara masjid tertua di Negeri Melaka.

Tepat 5.30 petang, saya tiba di perkarangan Jalan Tukang Emas. Nampaknya, petak-petak parkir di sekitar Masjid Kg Kling tersebut sudah mula penuh. Namun itu tidak mematahkan semangat saya.

Terpaksalah, saya meletakan kereta agak jauh sedikit. Dalam perjalanan ke Masjid Kg. Kling, saya sempat mengambil beberapa keping gambar bangunan-bangunan lama di sekitar jalan yang penuh dengan hasil seni yang halus.

Terletak betul di tengah-tengah di Bandaraya Melaka serta dikelilingi rumah-rumah kedai lama, dan masjid ini juga terletak bersebelah dengan kuil Sri Payyatha Viyanagar Moorthi serta berhampiran dengan Tokong Cheng Hoon Teng.

Keadaan ini sungguh menakjubkan, rumah ibadat berlainan agama dibina dalam jajaran jalan yang sama, namun tidak mempunyai masalah atau rusuhan yang besar sehingga kini.

Jika hendak ke masjid tersebut, saya nasihatkan anda berjalan kaki atau berbasikal untuk ke sana kerana petak-petak parkir di sekitar masjid memang terhad.

Pada asalnya masjid ini dibina dengan menggunakan kayu pada tahun 1748, namun pada tahun 1872 masjid digantikan dengan binaan batu.

Masjid ini juga masih digunakan untuk Solat Jumaat, tetapi diselang-selikan dengan Masjid Kg Hulu yang jaraknya lebih kurang 300 meter sahaja. Andai kata minggu ini di Masjid Kg. Hulu, minggu hadapan di Masjid Kg Kling.

Ini kerana, kemungkinan pada zaman dahulu penduduk beragama Islam di kawasan sekitar agak padat. Tetapi hari ini tidak lagi.

masjid-kling-melaka-3
Menara azan yang cukup mengujakan apabila setibanya di perkarangan Masjid Kg. Kling.

Melangkah masuk ke dalam masjid sudah mula rasa kedingannya. Langsung saya terus ke kolam wuduk yang dibina bersama tiang pancuran air di tengah-tengah.

Amat menakjubkan! Jika diperhatikan kolam wuduk juga merupakan antara trademarks disetiap masjid-masjid tua. Tiang pancuran air tersebut dibina dengan menggunakan besi padu yang saya kira, ianya ditempah khas.

Di bahagian belakang kolam pancuran air terdapat kubur-kubur lama. Dikatakan penduduk setempat, kubur-kubur lama tersebut ‘dihuni’ orang-orang dari Acheh dan Sumatera.

masjid-kling-melaka-4
Kolam wuduk ini masih digunakan

Selesai menunaikan fardu Asar, saya meneruskan ‘menggeledah’ seni yang masih tertinggal di Masjid Kg Kling. Jika dapat diperhatikan, Masjid Kg Kling ini mempunyai menara azan yang senirekanya hampir sama dengan binaan pagoda.

Itu tidak menjadi masalah, Allah tidak pernah melarang hambanya berkarya, asalkan karya seni tidak melampaui batas.

masjid-kling-melaka-5
‘Pin’ untuk meletakan obor yang terdapat di bahagian atas menara azan.

Selesai menunaikan fardu Asar, saya meneruskan ‘menggeledah’ seni yang masih tertinggal di Masjid Kg Kling. Jika dapat diperhatikan, Masjid Kg Kling ini mempunyai menara azan yang senirekanya hampir sama dengan binaan pagoda.

Itu tidak menjadi masalah, Allah tidak pernah melarang hambanya berkarya, asalkan karya seni tidak melampaui batas.

Dan untuk pengetahuan anda, disebabkan kedudukan masjid ini terletak berhampiran dengan Sungai Melaka dan Selat Melaka, maka masjid ini dibina didatangkan sekali dengan menara azan yang mempunyai dwifungsi.

Menara azan ini juga, dahulunya berfungsi sebagai rumah api bagi panduan para pelaut. Jika dapat diamati, nun jauh di bahagian atas menara terdapat satu rekaan seperti ‘pin’.

‘Pin’ tersebutlah merupakan tempat letak obor bagi panduan kapal-kapal dagang dan panduan para pelaut.

Baca: 7 Fakta Menarik Istana Syarqiyyah Di Terengganu

masjid-kling-melaka-6

Seperti masjid-masjid tua dalam Negeri Melaka, bumbung masjid ini juga ada 3 lapis seakan-akan binaan campuran dari Sumatera, China dan Melayu Melaka.

Dan jika saya tidak salah, setiap lapisan bumbung itu mempunyai maksud yang tersendiri. Sungguh menakjubkan, dalam mempamerkan keindahan seni, tersembunyi elemen ketuhanan. Sungguh hebat pemikiran orang-orang dahulu.

masjid-kling-melaka-7
Jubin bunga timbul yang terdapat hampir disetiap tiang-tiang masjid.

Di sisi yang lain pula, saya tertarik dengan jubin bunga timbul di dinding-dinding masjid. Berdasarkan cerita lisan, jubin bunga timbul berkenaan di bawa masuk dari Sumatera dan katanya ditempah khas dari Itali.

Selain itu juga, saya teruja melihat mimbar yang diperbuat daripada kayu berukiran flora penuh yang terletak di dalam masjid.

Di setiap pintu dan jendela masjid pula diukir petikan ayat-ayat Al-Quran serta disulamkan dengan ukiran kayu di belakang potongan ayat-ayat suci tersebut.

masjid-kling-melaka-8
Ruangan solat yang selesa di Masjid Kg. Kling.

Sungguh menakjubkan, tanpa membuka kipas dan penghawa dingin, Masjid Kg Kling sememangnya terasa kedinginanya.

Mungkin ini kepintaran orang-orang dahulu dapat menentukan laluan keluar-masuk udara dalam pembinaan masjid tersebut.

Dan sehingga kini, di atas tanah siapa yang didirikan Masjid Kg Kling berkenaan, masih tidak diketahui. Berdasarkan cerita lisan, ia didirikan atas tanah ‘orang kaya’ serta sumbangan penduduk sekitar pada zaman awal pembinaanya.

masjid-kling-melaka-9
Ukiran kayu yang masih utuh terdapat di segenap ruangan masjid.

Pendeknya, apa yang dapat diperkatakan, binaan dan kesenian masjid ini masih dipelihara 90%.

Malah kerja-kerja konservasi juga telah dilakukan pada tahun 1999 oleh Jabatan Muzium & Antikuiti.

Dan Ibn. Khaldun pernah berkata, “suasana di bandar mencerminkan sesuatu tamadun nilai bangsa.”

Di setiap hasilan seni itu merupakan suatu kurniaan idea dari Tuhan. Maka kita harus menghargainya! Selamat menjelajah ke masjid-masjid lama di sekitar Melaka.

Nota: Saya berasal dari Jasin, Melaka. Sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Sejarah) dan akan memasuki tahun ke-3.

Amat meminati seni yang melekat di bangunan-bangunan lama dan memasang angan-angan setelah tamat pengajian, ingin menjelajah ke masjid-masjid tua di seluruh Semenanjung Malaysia dan menulis tentangnya kelak.

Baca lagi: Ini Mungkin Surau Tercantik Di Pusat Membeli Belah Di Malaysia. Menakjubkan!