Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kedai senjata api di seluruh Amerika Syarikat merekodkan peningkatan jualan yang luar biasa menjelang hari pelantikan Joe Biden minggu ini. Pemilik premis mengatakan bahawa mereka tidak dapat memenuhi permintaan dan sudah kehabisan peluru dan senjata api.

Laporan ini hadir di mana isu keamanan telah menjadi keutamaan di sana. Kebanyakan media antarabangsa pula menyatakan bahawa Joe Biden tidak akan menerima upacara pelantikan sebagai Presiden AS dengan aman.

Sejak beberapa hari mendatang, lebih 6,200 anggota Pengawal Nasional telah dikerahkan ke Washington D.C bagi mengawal keadaan jika terdapat perkara yang tidak diingini berlaku.

1599px-Virginia_2nd_Amendment_Rally_(2020_Jan)_-_49416381422

Bagaimanapun, semakin dekat hari Joe Biden diangkat menjadi Presiden AS yang baharu menggantikan Donald Trump, semakin laris senjata api dijual di sana sehingga peniaga senjata api tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan.

Menurut WIBW, empat hingga lima bulan terakhir sahaja telah menyaksikan 18 juta orang yang membeli senjata api.

Douglas Jefferson, naib presiden Persatuan Senjata Afrika Amerika Nasional menyatakan bahawa peningkatan keahlian yang terbesar telah terjadi tahun ini sejak persatuan ini dilancarkan pada tahun 2015.

Pemilik kedai senjata Topeka Floyd McMillin percaya lonjakan penjualan senjata api adalah hasil daripada ketidakpercayaan rakyat terhadap pemerintah, “Anda harus sedar bahawa industri senjata api itu sendiri, menghasilkan pendapatan berbilion dolar untuk Amerika Syarikat.”

Dia menambah bahawa kedai senjata apinya telah berjaya menjual lebih dari $ 50,000 senjata baharu kepada rakyat AS pada hari Sabtu yang lalu.

FBI Siap Sedia Hadapi Rusuhan

Terdahulu, seorang penunjuk perasaan yang berpakaian lengkap dengan alat ketenteraan telah menyeru agar semua orang bersatu untuk menentang kerajaan AS. Dia juga memberi amaran bahawa akan terjadinya perang saudara jika kerajaan AS terus menindas rakyat mereka.

merlin_178154145_8a19e828-4129-43f4-9434-4049f27433fd-superJumbo

The New York Post

“Ini adalah peluang terakhir kami untuk mengelakkan pemerintahan zalim atau perang saudara yang berdarah dan sia-sia di kalangan rakyat Amerika, yang tidak mempunyai banyak perbezaan antara satu sama lain dan mempunyai lebih banyak persamaan.

“Mesej kami kepada pemerintah adalah, kami datang dengan damai. Kami tidak berniat melakukan kekerasan, tetapi saya memohon kepada anda dengan air mata saya dan suara saya, jika anda terus menindas rakyat Amerika, kami akan bertindak secara tidak rasional lagi,” katanya kepada NZHerald.

Kenyataan ini hadir selepas FBI melaporkan telah mendapat maklumat bahawa protes bersenjata telah dirancang di semua 50 negeri AS dalam beberapa hari akan datang.

GettyImages-1230497854

The Independent

Melalui dokumen yang diperoleh dari FBI, CNN melaporkan bahawa ‘protes bersenjata sedang dirancang di semua 50 ibu negara dari 16 Januari hingga sekurang-kurangnya 20 Januari, dan di Capitol AS dari 17 Januari hingga 20 Januari’.

“Mereka telah memberi amaran bahawa jika Kongres berusaha menghapuskan POTUS melalui Pindaan ke-25, pemberontakan besar akan berlaku,” kata FBI seperti yang dilaporkan oleh ABC News.

Dokumen dari FBI juga menyatakan bahawa terdapat satu kumpulan yang merancang untuk ‘menyerbu’ mahkamah, bangunan mahkamah tempatan dan persekutuan dan bangunan pentadbiran sekiranya Trump disingkirkan dari pejabatnya sebelum 20 Januari.

_116366681_gettyimages-1294949487

BBC

The National Park Service (NPS) turut melaporkan bahawa terdapat ancaman lebih besar akan terjadi di Capitol. Ia juga memberi amaran bahawa akan melakukan penutupan jalan raya, tandas, tempat letak kereta dan kemudahan lain di National Mall dan Memorial Park.

Ramalan kartun The Simpsons tahun lalu akhirnya jadi kenyataan pada hari ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ramalan Kartun The Simpsons Tahun Lalu Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini

Gagal ‘Move On’ Dengan Kekalahan, Donald Trump Dakwa Dirinya Peroleh Undian Majoriti

Netizen Berang, Penyokong Trump Tak Tahu Beza Bendera Malaysia Dengan Amerika Syarikat

Anda Mungkin Suka