Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sekitar Mei lalu, Israel mengejutkan dunia dengan sekali lagi membuat serangan kepada Kota Gaza. Jumlah kerosakan dan kematian yang tinggi melibatkan para wanita dan kanak-kanak sekaligus membuatkan Gaza yang dipenuhi warga Islam membuatkan orang ramai berduka dan berang dengan kekejaman pihak Israel.

Menerusi serangan yang dibuat, para netizen Malaysia dikenali sebagai Malaysian Troll Army nampaknya turut memain peranan dengan menyerang akaun berpengaruh syarikat dan individu dari Israel sebagai tanda sokongan terhadap Palestin.

Lebih hebat, kumpulan hacker dari Malaysia terdiri daripada AnonGhost, DragonForce Malaysia dan beberapa lagi pasukan lain dilaporkan telah bersatu tenaga dalam melumpuhkan sistem pengkalan data Israel.

‘Serangan’ yang dibuat nyata memberi kesan buat warga Israel selepas tular sebuah perkongsian daripada seorang wanita warga Israel yang juga merupakan pengasas kepada syarikat Social lite Creative dengan mendakwa pihak mereka menerima kecaman yang hebat daripada warga Malaysia.

Beliau memaklumkan serangan yang dibuat Malaysian Troll Army melibatkan lebih 500,000 ciapan di Twitter telah membuatkan sejumlah besar akaun berpengaruh Israel seperti Gal Gadot menjadi menjadi mangsa serangan atau harassment. Tidak kurang juga pihak hacker dari Malaysia yang turut membantu melancarkan serangan godam.

Dakwaan beliau yang mengatakan serangan yang dibuat netizen Malaysia melangkaui standard komuniti telah menarik perhatian netizen Malaysia sekali lagi melihatkan kepada kekejaman yang dibuat pihak Israel. Berikut antara respon netizen mengenai isu yang disebutkan wanita ini.

Setakat artikel ditulis, perkongsian wanita berkenaan telah mendapat ribuan retweet serta dibanjiri dengan pelbagai komen di mana majoritinya warga Malaysia dalam menyangkal dakwaan yang dibuat.

Ketahui lebih lanjut mengenai serangan yang dibuat oleh kumpulan hacker dari Malaysia yang melancarkan #OpsBedil dalam menggodam pengkalan data Israel.

Lancar #OpsBedil, ‘Hacker’ Dari Malaysia Muncul Wira Selepas Berjaya Godam Pengkalan Data Israel

Tindakan DragonForce Malaysia Bocorkan Data 280,000 Pelajar Israel Dapat Perhatian Media Pro-Zionist

Anda Mungkin Suka