Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Isteri kepada Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia pada semalam tampil berkongsikan kisah dan keperibadian beliau yang terpuji ketika hayatnya sebelum ini.

Perkongsian itu dibuat isterinya Asilah Alaqarny di Facebook terlebih dahulu menjelaskan salah faham mengenai punca kematian suaminya sebelum mengenang kembali keperibadian arwah.

Kisah Dr Ali sebelum ini menjadi perhatian media dan juga netizen selepas ada dakwaan yang mengatakan beliau meninggal dunia kerana kelesuan ketika bekerja.

Dakwaan tersebut bagaimanapun dinafikan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dan juga isterinya pada hari ini.

81611114959_frontliner

Gambar terakhir Dr Ali sewaktu bertugas sebelum ini

“Ramainya yang doakan arwah suami Dr Ali Noor Hassan. Beribu ribu orang share dan doakan dia.

“Alhamdulillah,” tulis isterinya.

Dalam hantaran yang dibuat di Facebook pada malam semalam, isterinya berkongsi bagaimana Dr Ali sebelum ini aktif dalam penglibatan bersama jemaah tabligh dan pada masa sama membantu mereka.

“Memang dia banyak terlibat dengan aktiviti jemaah tabligh. Periksa pesakit percuma semasa ijtimak tabligh.

“Tidak berkira kerja dengan kawan kawan, dan dia antara yang suka ziarah sahabat dan saudara sakit.

“Ramai yang mesej Dr Ali antara orang yang pertama melawat apabila kawan kawan-kawan tak sihat,” kenang beliau.

Selain banyak terlibat dengan jemaah tabligh, Dr Ali juga menurut isterinya juga adalah seorang yang sangat suka bersedekah dan boleh dikatakan setiap hari walaupun dengan nilai yang sedikit.

Dr Ali juga menurut isterinya sewaktu hayatnya sebelum ini sentiasa memuliakan dan berbakti kepada arwah ibunya.

Malah beliau juga berkongsikan kisah bagaimana Dr Ali sanggup untuk mengambil cuti separuh gaji bagi menjaga emaknya yang menghidap kanser pada 2018.

“Sehingga ke akhir hayat mak dia di IKN, dia antara yang ajarkan mak kalimah syahadah.

“Damailah disana wahai suamiku,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Tiba tiba banyak dapat request friend..sebab da viral ..ramainya yang doakan arwah suami dr Ali Noor Hassan hassan….

Posted by Asilah Alqarny on Tuesday, January 19, 2021

Baca kembali penjelasan daripada Dr Noor Hisham yang memaklumkan kematian Dr Ali bukan berpunca daripada kelesuan melalui pautan di bawah. 

Dr Noor Hisham Nafi Dakwaan Dr Ali Meninggal Dunia Akibat Kepenatan

Anda Mungkin Suka