Jika anda merupakan seorang pengguna tegar media sosial pasti anda akan mengenali atau setidak-tidaknya pernah terjumpa muzik video oleh penyanyi yang dikenali dengan nama Fazz Ahmad.

Lagu-lagunya yang unik seperti Mesin Rumput dan Basikal Lajak sebelum ini berjaya membuatkan pendengar terutamanya netizen ketawa dengan liriknya yang sedikit berbeza daripada lagu-lagu yang didendangkan penyanyi lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun di awal kemunculannya beliau dilihat memuat naik video menggunakan kualiti yang rendah dan seakan menggunakan telefon pintar, namun Fazz dari masa ke semasa dilihat melakukan penambahbaikan untuk muzik-muzik videonya.

Tidak mahu para peminat tertanya-tanya bagaimana ia dirakam, penyanyi yang menggelar dirinya Young Rapper itu pada semalam berkongsikan video di belakang tabir pembikinan muzik videonya yang sering membuatkan netizen media sosial terhibur sebelum ini.

Bukan suka-suka

Jika sebelum ini ramai yang berfikir video-video yang dirakam Fazz dibuat dengan cara bersahaja, nampaknya tekaan tersebut boleh dikatakan separuh salah selepas menonton perkongsian Fazz di Twitter itu.

Memang betul jika di awal pembabitannya dalam menghiburkan netizen merakam videonya dengan cara bersahaja, namun rakaman belakang tabir yang dikongsikan beliau itu menunjukkan ianya dirakam lengkap dengan kamera dan beberapa orang krew.

Mungkin bagi peminat-peminat yang sentiasa mengikuti setiap perkembangan daripada Young Rapper itu, perkara ini bukanlah sesuatu yang baru, namun bagi para netizen yang mengenali beliau dengan lagu Basikal Lajak suatu ketika dahulu, perkembangan ini adalah sesuatu yang baru.

https://twitter.com/shahrzzz/status/1284698402563874816?s=20

Jadi tidak mustahil jika ada video-videonya yang dirakam secara profesional seperti lagu Mesin Rumput sebelum ini mendapat jumlah tontonan yang agak baik di platform di YouTube disamping turut menjadi instant hit dalam kalangan netizen sebelum ini.

Walaupun mungkin ada yang menganggap lagu-lagunya yang tular sebelum ini tidaklah sebaik yang dihasilkan penyanyi dan rapper-rapper lain di dalam negara kita.

Namun berjaya membuatkan penonton tertawa dan terhibur adalah bukan satu perkara yang mudah untuk dilakukan- dan Fazz Ahmad ‘Young Rapper Number One In Malaysia’ antara salah seorang penghibur yang berjaya melakukannya.

Tahukah anda filem sekuel Train To Busan, Peninsula dikhabarkan turut memuatkan salah seorang pelakon tempatan dari Malaysia. Baca mengenainya di pautan di bawah.

Kemunculan Pelakon Malaysia Dalam Filem Sekuel ‘Train To Busan’ Buat Netizen Teruja

Netizen Tergamam Bila Tahu Aznah Hamid Pernah Jadi Heroin Rajinikanth

Tuah ‘Partner’ Perlekeh Upin & Ipin, Haji Burhanuddin Kongsi Perjalanan Terhasilnya Ultraman Ribut

Sumber