Sudah menjadi tanggungjawab buat setiap rakyat Malaysia untuk hidup dengan penuh harmoni serta menjaga sensitiviti kaum. Hal ini disebabkan Malaysia merupakan negara yang kaum dengan kaum dan etnik.

Meskipun isu menjaga sensitiviti sudah diterapkan sejak di bangku sekolah lagi, isu ini masih lagi berlarutan buat segelintir individu sehingga kini.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian melibatkan seorang influencer terkenal @fatinamyralee menerusi Instagram Stories yang memaklumkan beliau sudah pening mendengar lagu ‘keling’ serta mahukan lagu Hindustan dan dinyanyikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Penggunaan perkataan ‘keling’ yang dilihat sangat sensitif serta tidak sopan dalam melabel kaum India sekaligus telah menimbulkan rasa kurang senang netizen khususnya daripada kaum India.

Malah, ramai yang turut kehairanan pemilihan influencer ini ke konsert A.R. Rahman yang merupakan warganegara India serta menyanyikan lagu dalam bahasa Tamil dan Hindi. Berikut merupakan respon netizen terhadap perkongsian influencer ini.

Menerima kritikan yang hebat, Fatin Amyra dilihat telah memuat naik perkongsian terbaru di Instagram memaklumkan kesalahan yang dibuat adalah daripada kekhilafan beliau sendiri serta beliau sedia memohon maaf atas tindakan yang dilakukan.

Beliau akui tidak berniat untuk menghina sebarang kaum khususnya kaum India dan memaklumkan beliau hanyalah terlalu teruja pada ketika itu sehingga membuatkan beliau terlupa dalam menjaga kata-kata.

Sumber: Instagram fatinamylee
Sumber: Instagram fatinamylee

Meskipun permohonan maaf telah dibuat, rata-rata netizen masih kurang senang dengan tindakan yang dilakukan melihatkan kepada kehadiran beliau ke konsert yang sememangnya penyanyi dari India itu.

Diharap situasi ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja membuatkan beliau dicemuh masyarakat malah mengundang kepada keharmonian masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum.