Semalam tular satu video rakaman amatur yang menunjukkan sebuah kereta pacuan empat roda beraksi bagai pemain permainan video popular Grand Theft Auto.

Dalam video tersebut, kereta pacuan empat roda yang bergerak secara perlahan itu dilihat melanggar beberapa buah kereta yang diletakkan di tepi jalan.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Kereta itu yang dilihat cuba untuk melarikan diri bagaimanapun melanggar tiang api sebelum ditahan penduduk di kawasan itu.

Lagi kes mabuk!

Sondol semuanya. Mabuk punya pasal. Lokasi : Flat Pendamar, Depan Petronas.

Posted by My Kuala Langat on Sunday, 26 January 2020

Kejadian dikatakan berlaku di kawasan perumahan Flat Kota Pendamar 2, Klang, Selangor dan tiada kecederaan dilaporkan dari kejadian tersebut.

Walaupun kedengaran suara yang mendakwa pemandu tersebut mabuk, namun setakat ini tiada pengesahan dari pihak berkuasa sama ada pemandu tersebut memandu di bawah pengaruh alkohol ataupun bahan larangan.

Astro Awani dalam satu laporan hari ini melaporkan pihak polis akan mereman pemandu kereta pacuan empat roda itu dan akan menjalani ujian air kencing.

Pihak polis pada sama memaklumkan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah, kita sepatutnya lebih berhati-hati di jalan raya dan sentiasa memikirkan keselamatan diri dan juga orang lain.

Bila berlakunya kejadian seperti ini, bukan si pelaku sahaja yang kerugian, tetapi pemilik-pemilik kereta yang tidak bersalah juga terpaksa menanggung kerugian.

Jika dilihat kepada gambar-gambar yang dikongsikan pengguna Twitter ini, kereta yang dilanggar kelihatan mengalami kerosakan yang agak teruk.

Sebelum ini, kami juga ada kongsikan bagaimana sebuah kereta pacuan empat roda yang dipandu secara melulu melanggar sebuah motosikal walaupun berada di laluan paling kiri. Klik pautan untuk membaca.

Penunggang Motosikal Ini Hampir Maut Dilanggar Ford Ranger Dari Belakang Yang Dipandu Secara Berbahaya

Kemalangan Misteri Membabitkan Penunggang Motosikal Dan ‘Hantu’ Cetus Tanda Tanya Netizen

Netizen Bengang ‘Geng Kereta Mahal’ Sebabkan Kemalangan Kerana Berlumba

Anda Mungkin Suka