Ketika ini sudah ramai orang memilih untuk menaiki pengangkutan awam dan pas harian ‘unlimited’ serendah RM5 juga diperkenalkan untuk bantu pengguna berjimat ke sesuatu destinasi.

Terbaharu, Rapid KL telah berkongsi sebuah gambar yang menunjukkan najis yang mencemari lantai di dalam sebuah bas. Gambar tersebut dilihat sangat tidak menyenangkan dan pastinya pengguna di dalam bas tersebut juga tidak selesa melihat situasi itu serta terpaksa berdepan dengan bau.

Baca Juga:

Kronologi kejadian tidak dikongsikan tetapi Rapid KL mengatakan ini bukan pertama kali berlaku tetapi sudah dua kali insiden najis ditinggalkan di dalam bas dan tren ini terjadi.

Lantaran itu, sebagai pengguna haruslah menjaga kebersihan kawasan dan pengangkutan awam yang dinaiki dengan tidak makan atau minum, buang sampah merata-rata dan banyak lagi untuk keselesaan bersama.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa pelik bagaimana najis boleh ditinggalkan dalam bas seperti itu. Malah, netizen beranggapan bahawa mungkin pengguna itu cirit birit dan rasa malu terus pergi tanpa membersihkan najis tersebut.

Bukan itu sahaja, para netizen juga berkongsi beberapa perkara lain dilakukan oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab ketika menaiki pengangkutan awam seperti memijak tempat duduk, menumpahkan air dan sebagainya.