Sebuah video yang telah mula menular di media sosial menampakkan sebuah mayat melambai ketika dikebumikan. Media antarabangsa menyebut bahawa kejadian itu dilaporkan terjadi di Indonesia, Manado, Sulawesi Utara.

Namun, sehingga hari ini dan sejak berita itu disiarkan. Terdapat banyak persoalan yang bangkit. Dimanakah kejadian ini berlaku? Bila sebenarnya kejadian itu berlaku? Atau adakah benar mayat itu melambai-lambai?

Kejadian mayat melambai-lambai saat dimakamkan itu bermula ketika seseorang mula membaca doa semasa upacara pengebumian. Kemudian kelihatan seseorang sedang memasukkan jenazah itu ke dalam kubur.

Tidak lama selepas itu, kamera mula fokus kepada tingkap kaca yang terdapat di keranda tersebut. Kelihatan ada tangan dan jari yang sedang bergerak-gerak seolah sedang melambai-lambai.

https://www.youtube.com/watch?v=WZaCuERDdfI&feature=emb_title

“Rakaman mengejutkan ini terjadi di Manado, Sulawesi Utara, Indonesia, pada 5 Mei,” tulis Mirror dalam laporannya. Semasa pengebumian, orang yang mengetuai upacara itu berkata, “Tuhan telah mengatakan dalam kitab Yohanes. Akulah kebangkitan dan kehidupan. Sesiapa yang mempercayai akan hidup walaupun dia sudah mati,” menurut laporan media Britain, Daily Mail.

Beberapa saat selepas doa itu diucapkan, mayat tadi melambai tangannya dari kaca yang terdapat di keranda tersebut.

Video ini telah mencetuskan debat sama ada mayat itu memang betul melambai atau sebenarnya itu hanyalah kesan kamera. Seorang rakyat Indonesia memberi komen, “Ya, dia melambai, mungkin dia masih hidup dan berusaha untuk keluar.” Tetapi ada yang menganggap bahawa “itu mungkin tikus.”

Sebagai tambahan kepada dakwaan ini, terdapat juga teori bahawa kemungkinan badan bergerak kerana penguraian (pereputan). Namun bagi penyelidik di Australian Facility for Taphonomic Experimental Research, yang diketuai oleh Alysin Wilson. Mereka mendapati bahawa tangan tersebut bergerak disebabkan penumpukan gas di dalam badan pada peringkat awal hinggalah pertengahan pereputan.

Ini bermaksud pergerakan badan adalah normal bagi penyelidik kerana dari pergerakan badan, mereka akan dapat menentukan waktu kematian. Wilson menambah, “Penyelidikan ini sangat penting untuk membantu penguatkuasa dalam menyelesaikan jenayah dan membantu siasatan bencana.”

Berikut adalah laporan lain untuk anda, klik pautan di bawah untuk membaca.

40 Tahun Hilang Tanpa Sebab, Anak Tekad Pukul Dan Heret Mayat Ayah Keluar Dari Keranda

Puluhan Mayat Mangsa COVID-19 Di New York Ditemukan Terbiar Di Dalam Lori

Wanita Yang ‘Disahkan’ Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Hidup Kembali