Motivasi yang terbesar adalah apabila kita mempunyai matlamat untuk mencapai sesuatu apatah lagi sumber motivasi kita adalah orang yang kita sayang dan syurga adalah di bawah telapak kakinya. Iaitu seorang IBU..

Begitu juga dengan Correy Wadden, seorang anak yang sedang dalam misi mengejar impiannya untuk mendapatkan sejuta pertama dalam masa 24 bulan. Dengan wang tersebut, dia ingin ibunya mempunyai kebebasan dalam kewangan dan boleh bersara.

Ceritanya bermula begini,

“Semasa kecil saya membesar di Ontario, emak saya selalu menceritakan berkenaan sebuah kereta idamannya iaitu Saab ’73 99 EMS. Emak saya bekerja sebagai tukang cuci di rumah orang dan salah seorang majikannya selalu memberinya kunci kereta untuk mengalihkan keretanya. Dengan kereta tersebutlah emak saya jatuh cinta.”

“Ia mengambil masa selama 6 bulan untuk mendapatkan kereta impiannya itu, tetapi sangat berbaloi apabila melihat reaksi emak saya ”

Oh Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku!

Reaksi dan ekspresi wajah ibunya ketika mendapat hadiah – Priceless!

Like page The Vocket di Facebook