Seorang anggota tentera Thailand yang mengambil bahagian dalam misi menyelamat 12 pelajar sekolah dan jurulatih bola sepak dari sebuah gua yang banjir di utara Thailand tahun lepas meninggal dunia akibat jangkitan darah ketika melakukan operasi tersebut, lapor Royal Thai Navy.

Pegawai Beiret Bureerak telah menerima rawatan, tetapi keadaannya bertambah buruk, kata tentera laut dalam satu kenyataan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Manakala seorang lagi tentera, bekas penyelam angkatan laut Sarjan Saman Kuman, meninggal semasa operasi menyelamat.

Kejadian yang berlaku pada 23 Jun 2018 apabila jurulatih Akademi Liar Boap, Ekapol Chanthawong dan 12 pelajar lelaki tersekat di dalam gua apabila hujan telah mengakibatkan banjir di sepanjang jalan masuk dan keluar.

Mereka ditemui pada hari kesembilan dan semua episod ‘seram’ ini berakhir pada 10 Julai apabila mereka di bawa keluar.

Di sini kami kepilkan lokasi tragedi melibatkan 12 orang pelajar dan seorang jurulatih. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lokasi Tragedi Pelajar Terperangkap Di Gua Tham Luang Dibuka Semula Untuk Pelancong

Ibarat Filem ‘The 33’, 12 Pelajar Thai Selamat Selepas 9 Hari Terperangkap Di Dalam Gua

Tonton Trailer Rasmi The Cave, Filem Berdasarkan Tragedi Di Gua Tham Luang