Kata orang, setiap nama adalah doa. Seringkali nama yang baik dan indah dipilih untuk dinamakan pada anak-anak mereka. Namun lain ceritanya di Indonesia apabila pasangan ini menamakan anak mereka ‘Google’ dengan harapan yang sama iaitu mengharapkan anak mereka menjadi manusia yang berguna kepada ramai sepertimana ejen carian popular tersebut.

Pasangan yang berasal dari Jawa Barat, Indonesia ini turut berkongsi kepada media selepas nama mereka tular dan menjadi perbincangan warganet. Katanya nama yang dipilih sebelum kelahiran adalah Albar Dirgantara Putra namun pasangan ini memilih untuk menamakan anak mereka ‘Google’ kerana dikatakan lebih sesuai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Meskipun namanya bayi ini agak unik, pasangan ini turut berkongsi dimana para keluarganya turut bersetuju dengan nama yang dipilih. Walau bagaimanapun, pasangan ini turut menjelaskan dimana mereka tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapatkan publisiti atau perhatian daripada warganet dan pihak Google sendiri.

Sumber