Sekiranya kita tiada informasi tentang bangunan ini, pasti kita akan menyangka ianya adalah sebuah kompleks pejabat yang tinggi ataupun kondominium yang diduduki beratus keluarga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anda mungkin tidak percaya, bangunan ini dibina untuk sepasang suami isteri dan 3 anak! Kompleks dengan keluasan 400,000 kaki persegi ini diberi nama Antilia, dan dimiliki oleh Mukesh Ambani, bilionair terkaya India yang mempunyai net worth USD $22.3 Billion.

Sesetengah tingkat di Antilia mempunyai siling double-height. Jadi, walaupun ianya adalah 27 tingkat, ketinggian sebenar adalah hampir kepada ketinggian bangunan 40 tingkat. Bangunan ini dibina dengan kos hampir USD $1 Billion. Ia terletak di Altamount Road, Mumbai yang merupakan salah satu kawasan paling mahal di dunia.

Bangunan ini mempunyai gym, studio tari, ballroom, kolam renang, taman bunga dan pawagam dengan 50 tempat duduk.

Lobi dalam Antilia mempunyai sebanyak sembilan lif .

Chandelier kristal memenuhi ruang siling di ballrom. Terdapat juga pentas dan dapur untuk memenuhi ratusan tetamu.

Terdapat beberapa ruangan lounge di kediaman berkenaan dengan karpet, cermin dan chandelier menghiasi pemandangan.

Powder room yang mewah.

Dua reka bentuk motif – matahari dan teratai – diulangi di seluruh rumah agam itu dengan penggunaan bahan yang sukar ditemui seperti kristal, marmar, dan ibu mutiara.

Di waktu malam.

Antilia mempunyai 6 tingkat garaj untuk 168 kereta. Ia juga mempunyai tiga helipad di atas bumbung, sekiranya anda sampai melalui udara.

Tempat kediaman keluarga itu adalah di tingkat atas “kerana kami mahu cahaya matahari,” Nita Ambani isteri kepada Mukesh memberitahu Vanity Fair.

Blueprint untuk pawagam 50 kerusi di rumah ini.

Tidak banyak yang diketahui tentang dalaman rumah ini. Keluarga Ambani tidak mahu mendedahkan banyak perkara kerana ia adalah “private residence”.

Sumber: Vanity Fair, Business Insider, SPR Build Tech, AP

Like page The Vocket di Facebook