Dalam demonstrasi yang mengharukan ini kita dapat melihat bagaimana teknologi moden boleh membantu orang ramai mencapai sesuatu yang mustahil dicapai beberapa tahun dahulu. Baru-baru ini seorang ibu buta dapat ‘melihat’ anak dalam kandungan untuk kali pertama dengan menyentuh cetakan 3D ultrasound beliau.

Tatiana Guerra yang telah buta sejak berusia 17 tahun sedang berada dalam kehamilan minggu ke-20 apabila syarikat lampin pakai buang Huggies Brazil menawarkannya peluang untuk bersua dengan anak dalam kandungannya, Murilo, buat kali pertama.

Tidak dapat melihat ultrasounds, ibu mengandung seperti Tatiana bergantung kepada keterangan lisan daripada doktor atau teman hidup untuk mengetahui bagaimana rupa bentuk anak di dalam kandungan. Tetapi terima kasih kepada kemajuan dalam percetakan 3D. Kini ianya lebih murah untuk mencetak model fizikal yang boleh disentuh dan dirasai.

Bersama-sama dengan syarikat percetakan 3D The Goodfellas, Tatiana terkejut dengan acuan tepat wajah Murilo ini yang disertai dengan ungkapan “Saya anak anda” tertulis dalam tulisan Braille.

Anda boleh menonton video Tatiana ‘menemui’ Murilo buat kali pertama bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=KD0AC43fc_4&feature=youtu.be

3D printing juga membantu anak-anak yang ketiadaan tangan mendapatkan tangan prostetik. Ketahui kisah ekslusif Pak Su, iaitu lelaki yang mencipta tangan adik Ainaa Amanda dengan menekan link ini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram