Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seorang ibu, Ashley Martin, telah merancang kelahiran anaknya bersama-sama suami, anak-anak dan doula yang dilantik. Seperti ibu-ibu lain, beliau mengharapkan kelahiran yang sempurna. Anaknya yang kelima akan dilahirkan di rumah melalui home water birth.

Beliau adalah seorang ibu berisiko rendah, dan dengan segala persiapan yang dilakukan, beliau dan orang di sekelilingnya pasti tiada apa-apa perkara buruk akan berlaku. Ini bakal menjadi pengalaman pertama beliau melahirkan anak di rumah. Seperti gambar-gambar kelahiran di rumah (home birth) yang beliau pernah tatapi sebelum ini, beliau mengharapkan kelahiran yang cantik, sempurna, umpama fairy tale. Picture perfect, bak kata orang.

Ashley dan suami telah melantik Karyn Carbone dari In Bloom Photography, seorang jurugambar yang mahir menangkap gambar kelahiran bayi, untuk merakam detik-detik manis mereka. Beberapa bulan selepas kelahiran, Karyn telah memohon kebenaran Ashley untuk menerbitkan karya-karya beliau dalam sebuah laman blog terkenal, Popsugar.

Hasil karya dan penulisan Karyn kelihatan sungguh manis. Tetapi Ashley, sebagai seorang ibu, tahu gambar-gambar yang dipaparkan tidak cukup untuk memaparkan situasi sebenar yang berlaku.

Kerana kenyataannya, bayinya, Zinn hampir mati.

Ya, hampir mati.

Sebagai respon, Ashley Martin menulis nota ini dalam blog peribadinya:


Ia mengambil masa lebih setahun untuk saya benar-benar memahami pengalaman saya melahirkan anak di rumah. Zinn sekarang berusia 16 bulan – berjalan dan berlari – babbling – seperti anak-anak kecil lain! Saya mempunyai banyak masa untuk hanya duduk dan berfikir kembali tentang proses bersalin saya. Bahagian terbesar adalah untuk akhirnya berjaya mendapatkan rekod perubatan dari kehamilan, persalinan dan kelahiran Zinn. Ia adalah missing link (maklumat yang hilang) dalam proses penyembuhan saya. Ia mengambil masa berbulan-bulan lamanya untuk mendapatkannya – lengkap dengan tangisan, air mata, e-mel, lawatan ke rumah, panggilan telefon – tetapi akhirnya saya berjaya mendapatkannya.

Pautan kepada artikel Popsugar di sini.

Saya TIDAK gembira dengan pengalaman home birth saya. Ia teruk. Mengerikan. Menakutkan. Trauma. Lebih teruk daripada hari paling teruk dalam hidup saya.

Baby saya hampir mati. Saya hampir mati.

Selepas melahirkan, saya tidak rasa seperti 'birth warrior'. Ramai orang (di sekeliling) ketika saya bersalin memanggil saya dengan panggilan itu. Tetapi saya tidak rasa lebih berkuasa atau lebih 'kewanitaan'. Tiada sesiapa (di sekeliling) ketika saya bersalin adalah hero. Saya bukan pemberani.

Saya telah dikelirukan, dibohong, dan dimanipulasi.

Informed consent? Hah. I wish.

Saya mengakhiri proses bersalin saya dengan rasa berkecai, terpukul, ditipu. Saya rasa seperti tiada sesiapa benar-benar mengambil berat tentang perkara paling penting: keselamatan dan kesejahteraan anak saya.

Saya memilih home birth kerana mahukan kelahiran yang sempurna – seperti gambar-gambar home birth lain yang ditunjukkan. Saya mahu menjadi momma cantik – yang ketawa semasa bersalin – duduk di dalam kolam sambil kelihatan glamor dan gembira. Saya benar-benar sangka sedang melakukan perkara terbaik untuk baby saya. Saya diberitahu bahawa ianya selamat. Yang ianya berisiko rendah. Tiada perkara buruk akan berlaku kerana kita PERCAYAKAN kelahiran. Dan sekiranya terdapat perkara buruk, kita akan mengetahuinya berjam-jam sebelum ianya berlaku – dengan cukup masa untuk sampai ke hospital! Saya telah melakukan semuanya dengan sempurna!

  1. Memilih home birth! Check!

  2. Melawat chiropractor! Check!

  3. Melantik doula! Check!

  4. Makan secara sihat. Ambil makanan tambahan herba. Check!

  5. Buat Spinning Babies setiap hari. Check!

  6. PERCAYAKAN KELAHIRAN! Check!

Saya ada beberapa kebimbangan pada bulan-bulan terakhir yang tidak diendahkan. Saya disuruh dan diajar untuk 'mempercayai kelahiran', 'mempercayai badan sendiri', dan 'badan saya tidak boleh menumbuhkan badan bayi sehingga menjadi terlalu besar!'

Proses bersalin saya sukar. Saya menangis kebanyakan masa. Mungkin sempat juga menjerit dan berteriak. Saya tak ingat. Saya hanya ingat betapa sakitnya kontraksi dan betapa saya mahu ianya berakhir.

Bayi saya lahir dengan 'brow presentation' dan 'shoulder dystocia'. Ia bukanlah kelahiran yang cantik. Ianya tidak glamor. Lantai bilik air saya dilimpahi dengan 'meconium' dan najis bayi. Baby saya lahir tidak bermaya dan lembik. Mereka mengambil masa sehingga 9 minit untuk mengeluarkan Zinn daripada saya.

Ketika ini – saya langsung TIDAK tahu apa yang berlaku. Saya tidak tahu yang dia tersekat dan saya tidak tahu keadaan mula menjadi cemas. Tiada sesiapa memantau tanda-tanda vital saya atau bayi saya. Tiada sesiapa dalam bilik ini telah dilatih untuk menghadapi kecemasan sebegini.

TEKANAN FUNDAL digunakan kepada saya. Mereka tidak memanggil 911 sehinggalah dia berusia satu minit. Perkara pertama saya dengar, "Tak ada denyutan jantung, saya tak dengar denyutan jantung." Kemudian ada yang membalas, "Dengar KUAT LAGI!"

Dia dibawa dari bilik air saya ke ambulan ketika berusia 6 minit. Nadi lemah, lembik dan tidak bermaya, masih belum bernafas. Saya tidak tahu keadaan dia sehinggalah beberapa jam kemudian.

Ya, anak saya okay sekarang. Dia seperti bebola api. Meletup-letup dengan penuh tenaga. Jadikan kami gila tetapi sentiasa buat kami ketawa. Tidak, saya tidak akan terima semuanya sudah okay dan tidak, saya tidak akan 'get over it'.

Hanya kerana anak saya okay, TIDAK bermakna home birth saya okay. Atau sesiapa ketika persalinan saya adalah hero. Tiada sesiapa selamatkan bayi saya. Tiada sesiapa selamatkan nyawanya. Mereka hanya membahayakan nyawa anak kecil saya.

Sesalan terbesar dalam hidup saya? Berada di rumah untuk bersalin. Tiada satu hari pun berlalu tanpa saya rasa bersyukur dia berada di sini di sisi saya.

Anda mungkin lihat ibu-ibu ketawa ketika sedang melahirkan di rumah – tersenyum ketika home birth – tetapi apabila ada benda yang tidak kena, semua kegembiraan ini akan turun dengan mendadak. Anda mungkin 'berisiko rendah' pada satu saat tetapi menjadi 'berisiko tinggi' pada saat seterusnya. Dan tangki oksigen yang anda sediakan di rumah? Ianya tidak banyak membantu. Anda bukannya hanya beberapa langkah daripada teater operasi. Anda tidak mempunyai pakar Neonatologi di bilik sebelah. Sejujurnya, tiada sesiapa berkelayakan ada di sebelah anda semasa kecemasan.

Saya masih mempunyai mimpi ngeri tentang persalinan saya. Saya sentiasa memikirkannya. Ia telah memakan diri saya. Ia mengubah diri saya sebagai seorang manusia. Saya diberitahu 'lantai pelvik saya yang lemah' menyebabkan segala-galanya kucar kacir ketika saya bersalin. Sekarang saya ditambah dengan perasaan bersalah kerana kelemahan fizikal saya menyebabkan kelahiran yang menakutkan ini. Saya hanyalah sebahagian daripada statistik buruk yang akan berlaku. Kita tidak sepatutnya mempercayai kelahiran, kita harus menghormatinya.

"Brow presentation is the least common of all fetal presentations and the incidence varies from 1 in 500 deliveries to 1 in 1400 deliveries."

"The incidence of shoulder dystocia is generally reported to be between 0.5 % and 1.5% with scattered reports listing values both higher and lower."

Saya selalu kena mengingatkan diri sendiri bahawa badan saya TIDAK menggagalkan saya. Badan saya okay. Melahirkan anak adalah tentang rezeki.

Saya mahukan kelahiran fairy tale yang sempurna. Saya membelanjakan beribu-ribu dollar untuk mendapatkannya – dengan beberapa ratus dibelanjakan untuk jurugambar – tetapi mengakhirinya dengan perasaan hampa. Apabila saya cuba berkongsi dengan ibu-ibu lain, saya disuruh berhenti menyebarkan ketakutan.

Saya digam dan dipulaukan daripada komuniti yang saya percaya dan pernah perjuangkan. Walaupun begitu, saya tidak akan berhenti berkongsi dan memberi amaran kepada ibu-ibu lain. Saya tidak mahu orang lain membuat kesilapan yang sama saya lakukan.

Statistk kelahiran: 9 lbs 14.5 oz dan 22.5 inci panjang.

Saya hampir mendapat kelahiran fairy tale...

home-birth01

Tetapi saya tidak…

home-birth-02
home-birth-03
home-birth-04
home-birth-05
home-birth-06
home-birth-07
home-birth-07
home-birth-08

Ini adalah gambar yang saya lihat, ketika di rumah, selepas terpisah daripada bayi saya. Ramai yang memberitahu dia kelihatan seperti tidak bernyawa.

home-birth-09

Akhirnya kami mendapati diri kami di NICU… dikelilingi doktor-doktor, jururawat dan kakitangan yang menakjubkan. Mereka yang menyambut serpihan-serpihan kelahiran saya dengan hati terbuka. Mereka ambil berat tentang kesejahteraan dan kesihatan anak kecil saya. Mereka yang sentiasa bersedia di sampingnya 24 jam sehari. Mereka adalah orang-orang yang menenangkan dan membenarkan saya menangis di bahu mereka. Mereka adalah hero sebenar.

home-birth-10
home-birth-12
home-birth-13
home-birth-15
home-birth-16
home-birth-17

Saya tidak mahu jadi poster girl untuk home birth. Mohon jangan buat kesilapan yang sama saya pernah buat.

Saya amat bersyukur dia ada di sini.

home-birth-18

Semua gambar kelahiran profesional diambil oleh In Bloom Photography.

Gambar terbaru anak saya diambil oleh Kensie Lee Photography.


Ashley Martin juga menambah:

Wow. Saya agak terperanjat melihat kisah home birth saya telah tersebar sebegini.

Mohon ingat saya adalah ibu kepada lima orang anak dan tidak cukup masa untuk membalas semua komen. Saya baca mesej anda dan harapnya saya sempat membalasnya. Inbox saya penuh dengan mesej daripada ibu-ibu yang mengalami trauma ketika kelahiran di rumah dan di hospital. Saya telah mengatakannya berulang kali: Kelahiran trauma boleh berlaku di mana-mana sahaja. Ini adalah realiti. Kita tidak boleh mengabaikan atau membuang kisah-kisah trauma kelahiran di rumah.

Saya rasa seperti saya perlu menjelaskan sesuatu. Ya, saya kesal dengan pengalaman home birth saya. Ya, saya tidak mahu sesiapa mengulang kesilapan sama yang saya lakukan. Tetapi saya bukan anti-home birth, saya hanya memperjuangkan home birth yang lebih selamat.

Disebabkan saya mendapat mesej yang terlalu banyak, saya telah menubuhkan sebuah Facebook page untuk sokongan dan kesedaran.

Home Birth Loss And Trauma Support

Laman ini didedikasikan untuk mereka yang pernah mengalami kehilangan atau trauma akibat daripada home birth. Saya adalah ibu kepada lima anak, dan baru-baru ini mengalami shoulder dystocia yang teruk semasa kelahiran anak saya yang hampir membunuh kami berdua.

Selepas kisah saya menjadi viral, saya mendapat sokongan mencurah-curah dan cerita tragis daripada ibu-ibu seperti saya yang terlalu takut untuk bersuara.

Sekiranya ada sesiapa yang anda kenali mempunyai pengalaman yang sama; atau anda mengambil berat tentang risiko home birth sama seperti kami, sila sertai page ini untuk membantu kami meningkatkan kesedaran mengenai perkara-perkara yang boleh berlaku semasa home birth.

Sila 'like' page ini dan sebarkan.

BACA: Risiko Bersalin Di Rumah Dari Pandangan Seorang Doktor Sakit Puan

BACA: Ulasan Seorang Doktor Tentang Status FB ‚ÄėEpidural Menyebabkan Kelumpuhan‚Äô

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka