Seorang usahawan dan pengguna FB, Hakim Najlili, menceritakan kisah yang beliau dapati dari seorang jutawan. Ketika kejatuhan, ada satu perkara yang disedari oleh jutawan berkenaan.

Begini kisahnya:

REZEKI YANG BANYAK KADANG2 BUKAN SEBAB KITA

Kelmarin lepak dengan seseorang yang dulunya seorang millionaire dan kini jatuh terduduk dan dlm proses bangkit semula.

Beliau menceritakan sesuatu yang sangat ringkas tetapi begitu signifikan. Sy bertanya mcm mana dia boleh terduduk, simple jer jawapnya.

“Dulu aku ada staff mmg dhuhanya tak tinggal, sedekahnya pun boleh tahan walaupun gaji dia tak besar. Dan dulu aku juga ada beberapa orang ejen, amalannya pun hebat. Cuma amalan aku jer yang failed. Kadang2 5 waktu, kadang 2 waktu jer sehari”

“Disebabkan mereka ini orang yg zuhud, rezeki diorang tue mengalir melalui aku, yerlah kan bila ejen dpt income banyak, dia jual produk aku. Jadik ‘tak pasal2 aku jadik masyuk’ dan sama juga dengan staff aku seorang nie. Bila diorang dah tak jual produk aku, ejen aku nie pula dah jual produk lain, staff aku yg tue pun berhenti, terus aku terduduk. Ini semua adalah peringatan daripada DIA”

“Bukanlah sebab diorang nie yang bagi rezeki tetapi kadang2 kita nie rezeki bagus bukan sebab kita, sebab ada rezeki orang lain yang mengalir melalui kita”

Fuhh memang pekat……

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group