Kangaroo – haiwan comel, unik dan hanya terdapat di Australia.

Kangaroo merah merupakan marsupial atau salah satu keluarga mamalia yang terbesar di dunia. Disebut kangaroo  merah kerana bulunya berwarna merah dan beratnya boleh mencapai 90kg dengan ketinggian 2 meter  dan mampu melompat setinggi  9 meter.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Haiwan yang berkaki pendek di depan, ekor dan kaki yang panjang dibelakang ini sebenarnya mempunyai kebolehan yang unik.

Selain dari boleh menyimpan anak didalam kantungnya, kangaroo juga boleh berdiri tegak dengan menggunakan kaki belakangnya yang panjang, dan ekornya pula dijadikan sebagai penyokong ke 3.

Dengan kebolehan boleh berdiri ini, kangaroo juga sebenarnya boleh bergusti. Biasanya kangaroo yang bergusti adalah sesama kangaroo jantan kerana perebutan kawasan dan pasangan kangaroo betina.

Tapi video dibawah lain pula ceritanya. Kangaroo ini disuruh bergusti dengan manusia.

Mari kita lihat siapa akhirnya yang kalah – kangaroo, lawannya atau pengadil yang kena tinju?

Kelakar kan? Kongsikan dengan rakan anda dengan menekan butang share dibawah.