Pengusaha kedai emas terpaksa berputih mata apabila mendakwa diperdaya seorang lelaki tempatan sehingga mangsa menyerahkan RM560,000 untuk membeli emas 916 secara bersemuka di Jalan Conlay. Bagaimanapun, barangan yang dibeli tidak diterima dan wang ringgit wanita itu telah dibawa lari.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, lelaki berusia 30 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Stesen Sentral di sini kira-kira jam 3.10 pagi kelmarin.

Setelah menerima laporan polis daripada mangsa, pihaknya mengesan suspek sebelum menangkapnya.

“Kita (polis) turut merampas kereta, wang tunai RM250,750, tiga telefon bimbit, sepasang kasut, sehelai baju dan seluar, cop syarikat, beg, buku cek, pasport, anak kunci serta kad akses rumah.

“Suspek direman selama empat hari sehingga 24 Mei ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambah Noor Dellhan lagi, setakat ini polis hanya menerima satu laporan oleh wanita terbabit yang berkaitan penipuan dilakukan suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam urusan perniagaan dan menyemak latar belakang individu atau syarikat terlebih dulu.

“Sebarang maklumat mengenai kegiatan berkaitan boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-2159999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran,” ujar Noor Dellhan.

Baca lagi artikel-artikel lain yang menjadi pilihan pembaca The Vocket sepanjang minggu ini.

Majikan Di Malaysia Adalah Manusia Paling Kedekut Di Asia Tenggara

Kelam-Kabut ‘Menyelit’ Semasa Trafik Sesak, Proton X50 Terbalik Selepas Langgar Belakang Ativa

Berdasarkan Kisah Benar, Lelaki Ini Dakwa Temui Lokasi Sebenar Filem KKN Desa Penari

Sumber