Seorang wanita dari Amerika Syarikat (AS) yang berumur 60 tahun memilih untuk memeluk Islam setelah menonton sinetron atau drama dari Turki yang bertajuk Resurrection: Ertugrul di Netflix.

Dia yang memilih nama Khadija sebagai nama Islamnya menyatakan bahawa dia terinspirasi dan memilih Islam setelah menonton Resurrection: Ertugrul, salah satu siri popular di Turki secara tidak sengaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Resurrection: Ertugrul menceritakan kisah sebelum penubuhan Empayar Uthmaniyyah pada abad ke-13 Anatolia. Ia menggambarkan perjuangan Ertugrul Gazi, pemimpin pertama kerajaan itu.

“Saya periksa [drama] itu secara terperinci. Lalu saya mula menonton. Saya sangat berminat dengan Islam setelah menonton beberapa episod,” kata Khadija. “Ini sejarah yang tidak saya ketahui,” katanya mengenai siri ini, seperti yang dilaporkan oleh Anadolu Agency.

Dia mengatakan telah menonton semua episod sebanyak empat kali dan mula menontonnya untuk kali kelima. Dia mengakui bahawa drama bersiri ini mempunyai pengaruh besar terhadapnya dalam mengenali agama Islam.

“Saya suka belajar sejarah baru. Ini membuka mata saya terhadap apa yang saya tahu mengenai agama dan berusaha mencari lebih banyak lagi,” katanya.

Dia menyatakan bahawa rasa ingin tahu mengenai sejarah lampau telah menemukannya dengan drama bersiri ini dan setelah menonton drama ini, dia bertemu dengan Islam.

Walaupun dia seorang Katolik Baptis, Khadija mengatakan, semua tanda tanya di kepalanya telah hilang dan dia akhirnya menjadi lebih berminat dengan Islam.

Dia mula serius dengan membaca kitab suci Al-Quran dalam bahasa Inggeris untuk mempelajari lebih lanjut mengenai Islam, katanya ketika bercakap mengenai proses setelah dia memilih untuk memeluk Islam.

Bercakap mengenai reaksi dari teman rapatnya, dia berkata bahawa sebahagian daripada rakan-rakannya mengatakan bahawa otaknya sudah dibasuk setelah menonton drama bersiri tersebut.

“Saya tidak lagi membincangkan isu ini dengan orang. Saya tidak mengganggu kepercayaan mereka. Mereka juga tidak mempunyai alasan untuk mengganggu saya,” tambahnya.

Terdahulu, seorang wanita berasal dari Australia telah memilih untuk memeluk Islam selepas beliau bermain permainan ‘online’. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Peluk Islam Selepas Main ‘Game Online’, Wanita Australia Mahu Kahwini Lelaki Dari Malaysia

Media Perancis Puji Cara Hidup Islam, Percaya Mampu Cegah COVID-19 Daripada Merebak

Krisis COVID-19 Buka Hati Bintang MMA Untuk Peluk Islam