Pada lewat petang semalam, tular beberapa gambar dan video menunjukkan seorang lagi berada di tempat duduk pemandu sudah tidak lagi bernyawa dalam McLaren 570S yang berada di hadapan pusat hiburan KTV Jalan Pudu.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Menurut laporan Free Malaysia Today, mayat lelaki berusia 28 tahun itu ditemukan orang awam yang kemudian memaklumkan kejadian kepada polis kira-kira pukul 6.42 petang.

Anggota bomba perlu membuka pintu kereta mewah itu secara paksa kerana ia berkunci dan pasukan perubatan melaporkan bahawa lelaki itu telah meninggal dunia. Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang ke tempat kejadian mengesahkan tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pada masa ini pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini.

“Berdasarkan siasatan awal, kereta yang digunakan adalah kereta sewa jadi kita masih menyiasat dari semua sudut berhubung penemuan mayat lelaki ini.

“Setakat ini, kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan setakat ini tiada sebarang unsur jenayah ditemukan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Kita juga turut sedang menyiasat bagaimanakah kereta yang dinaiki si mati berada di hadapan pusat hiburan berkenaan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Rakan Cop Polis KL ditalian 03-21159999.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Isnin mengesahkan menerima panggilan kecemasan pada jam 6.03 petang.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Siapa sangka, speaker dalam hypercar McLaren Senna rupanya dihasilkan oleh anak tempatan Malaysia. Baca temu ramah ringkas bersama penciptanya melalui pautan di bawah.

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Cipta Speaker Khas Untuk McLaren Senna

McLaren 720S Hancur Selepas ‘Terbang’ Langgar Pembahagi Jalan

Tiada Kompromi, McLaren 620R Antara 21 Kereta Seludup Yang Dimusnahkan Kastam Filipina