Seorang penyelidik yang mendapat pendidikan di Singapura telah ditembak mati pada 2 Mei di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Dia dilaporkan hampir untuk menyiapkan hasil kajiannya dan bakal membuat penemuan besar mengenai COVID-19.

Siasatan menunjukkan bahawa si mati, Bing Liu, seorang professor di University of Pittsburgh, Pennsylvania ditembak di kepala dan di leher. Tidak lama selepas mayatnya dijumpai, satu lagi mayat turut dijumpai di dalam kereta yang berjarak kurang dari 1.6km, lapor Rolling Stone.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mayat kedua adalah milik Hao Gu, 46 tahun. Polis membuat kesimpulan bahawa Gu telah menembak Liu sebelum kembali ke keretanya dan membunuh dirinya sendiri.

Polis menyatakan bahawa pembunuhan ke atas Liu terjadi setelah kedua-dua mereka mempunyai perselisihan faham yang panjang mengenai hubungan intim.

Setelah berita kematian mengenai Liu mula tersebar, beberapa rakan si mati menyatakan bahawa Liu, “hampir membuat penemuan yang sangat penting untuk memahami mekanisme selular yang mendasari jangkitan SARS-CoV-2 dan asas selular dari komplikasi tersebut”.

“Kami akan berusaha untuk menyelesaikan apa yang dia mulakan dalam upaya untuk memberi penghormatan kepada keunggulan ilmiahnya,” tambah mereka seperti dipetik di dalam The Washington Post.

Mereka juga menggambarkannya Liu sebagai penyelidik dan mentor yang sangat baik dan berjanji akan menyiapkan penyelidikannya bagi “memberi penghormatan kepada kecemerlangan ilmiahnya”.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Belum Selesai Dengan COVID-19, Kanak-Kanak Di AS Kini Diserang Dengan Penyakit Misteri

Doktor Di AS Lakukan Kajian, Adakah Doa Mampu Sembuhkan Pesakit COVID-19?