Ada sebab kenapa banyak tempat-tempat bersejarah dan cantik di dunia ditanda do not touch. Antaranya untuk elak perkara seperti ini berlaku.

Batu-batu stalaktit dan stalagmit yang terbentuk dalam gua mengambil masa beribu tahun untuk terbentuk. Stalaktit adalah sejenis mineral sekunder (speleothem) yang tergantung di langit-langit gua kapur. Stalakmit pula batuan yang terbentuk di lantai gua, hasil dari titisan air di langit-langit gua di atasnya. Jadi anda pun boleh fikir berapa lama untuk benda-benda ini terhasil secara semulajadi.

Tetapi pelancong China ini mungkin sudah hilang akal atau bodoh kerana tanpa berfikir panjang telah mematahkan satu stalakmit dengan 3 tendangan. Satu pillar yang ambil masa lebih 3,000 tahun untuk terbentuk patah dalam masa kurang 10 saat sahaja.

kejadian ini berlaku di sebuah gua di Songtao, Guizhou dan kamera CCTV itu sempat merakam perlakuan lelaki tersebut. Pada mulanya beliau merakam gambar. Kemudiannya dia test sepak-sepak. Mungkin untuk uji batu itu. Apabila ianya patah, dia pun berlalu pergi.

Ianya satu kesalahan besar apabila anda merosakkan artifak alam sekitar dan beliau kini dicari pihak polis tetapi masih belum dijumpai. Itulah tuan-tuan perangai sesetengah pelancong dari negara China. Walaupun dalam negara mereka sendiri, mereka boleh buat hal.

Sesiapa yang biasa melancong ke luar negara dan bertembung dengan pelancong-pelancong dari China, anda pasti dah kenal sangat dengan perangai mereka ini. Ada yang pernah berhadapan masalah dengan pelancong dari China sebelum ini?

Sumber