Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kini dimana orang ramai sudah mula mengambil serius mengenai kepentingan insuran dan kad perubatan. Kos perubatan hospital yang semakin meningkat ditambah pula dengan pertambahan penyakit baru seperti COVID-19 pastinya merisaukan anda.

Di samping menjaga kesihatan secara fizikal dan mental, kata orang lebih baik sediakan payung sebelum hujan dalam menangani situasi sukar sekiranya dijangkiti penyakit-penyakit yang tidak diingini.

Dalam pada itu, tahukah anda mendapatkan insuran atau kad perubatan daripada sesetengah syarikat insuran sudah tidak lagi sama? Kini permohonan boleh dibuat lebih mudah dan pantas terus daripada rumah sahaja.

Mendapatkan kad medikal kini semakin mudah dan pantas

catch-eMedic1-1024×779

Umum tahu kini negara berada dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Arahan ini secara asasnya tidak membenarkan individu untuk bergerak bebas serta disarankan untuk stay at home.

Walau bagaimanapun, perkara ini tidak menghalang anda yang berminat untuk mendapatkan insuran atau kad perubatan meskipun dalam musim PKP. Melalui AXA eMedic, permohonan anda untuk mendapatkan kad perubatan kini boleh dibuat secara online sahaja.

Nak tahu apa yang lebih best? Permohonan anda boleh dilengkapkan dalam tempoh 5 minit sahaja. Lebih meyakinkan, AXA turut diiktiraf Bank Negara Malaysia sebagai penawar pelan insuran dan kad medikal yang sah.

Oh ya, melalui hospital di bawah panel AXA, sebarang kemasukan ke dalam wad mengikut syarat yang ditetapkan bakal diuruskan secara cashless. Dalam erti kata lain, anda tidak lagi perlu runsing memikirkan soal wang sekiranya ditimpa musibah. Ini yang anda mahukan bukan?

Turut melindungi anda daripada penyakit kritikal dan wabak COVID-19

Akhir-akhir ini sudah pastinya penyakit yang paling ditakuti ramai adalah wabak COVID-19. Mudah dijangkati daripada sesebuah kluster atau individu sekaligus membuatkan orang ramai lebih berjaga-jaga.

Menariknya, pelan eMedic ini yang ditawarkan ini sudah mengemas kini pelan mereka dalam menawarkan perlindungan buat wabak COVID-19. Ini yang anda mahukan bukan?

Pelan kad medikal mampu milik buat individu bujang mahupun berkeluarga

jump(malay)

Tidak kira sama ada anda merupakan seorang bujang atau sudah berkeluarga, pelan perlindungan AXA eMedic sedia membantu anda. Menawarkan pelan perlindungan yang berbaloi, anda akan ditanggung sehingga RM100,000 setahun dengan bayaran serendah RM37 sahaja sebulan buat individu bujang.

Dalam erti kata lain, anda cuma perlu berbelanja serendah RM1.30 dalam memastikan pembiayaan kos perubatan anda ditanggung sekiranya berlaku sebarang musibah. Boleh tahan rendah bukan?

Buat anda yang sudah berkeluarga, AXA eMedic turut menawarkan perkara yang sama khas buat empat ahli keluarga dengan pelan perlindungan serendah RM150 sahaja sebulan.

Untuk pengetahuan, pelan perlindungan yang ditawarkan AXA eMedic ini sah untuk didapatkan oleh individu seawal usia 15 hari sehingga 49 tahun dimana AXA eMedic sedia untuk menanggung kos perubatan sehingga umur 80 tahun.

Melihatkan kepada jumlah pesakit tidak kira yang tua mahupun yang muda yang semakin meningkat, mungkin inilah masanya untuk mempersiapkan diri dalam mendapatkan kad perubatan eMedic.

Mungkin perbelanjaan yang kecil pada hari ini bakal menyelamatkan anda daripada menghabiskan jumlah wang yang lebih besar pada masa hadapan. Apa tunggu lagi inilah masanya untuk siapkan diri anda sebelum ditimpa sebarang penyakit. Klik di sini untuk mendapatkan info lanjut mengenai AXA eMedic.

Ketahui juga 7 perkara penting orang muda patut lakukan sebelum menginjak usia 40 tahun.

7 Perkara Penting Orang Muda Patut Lakukan Sebelum Usia 40 Tahun

Serendah RM37 Sebulan, Ini Perlindungan Perubatan Yang Baik Dan Berbaloi Untuk Anda Sekeluarga