Wabak pandemik COVID-19 yang bermula di Wuhan, China dan kini merebak ke seluruh dunia membimbangkan semua orang. Bagi memudahkan dan mengesan virus COVID-19, penyelidik di Singapura telah membangunkan ujian pernafasan bagi mengesan virus itu dalam tempoh seminit.

Menurut National University of Singapore (NUS), ujian tersebut akan mengesan sebatian organik mudah meruap (VOC) dalam nafas individu berjaya mencapai lebih 90 peratus keputusan tepat dalam ujian klinikal yang dijalankan ke atas 180 pesakit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, anda hanya perlu menghembuskan nafas menggunakan penutup mulut pakai buang yang disambungkan ke alat penguji berketepatan tinggi. Lalu, nafas itu dikumpul dan dimasukkan ke dalam spektrometer untuk diukur. Mesin yang dilengkapi perisian akan menganalisis profil VOC dan keputusan akan diketahui hanya dalam masa satu minit.

Walau bagaimanapun, mesin tersebut ‘test kit’ tersebut masih dalam peringkat prototaip. Teknologi tersebut dibangunkan syarikat pemula niaga NUS, Breathonix menawarkan penyelesaian pantas dan selesa untuk mengenal pasti jangkitan Covid-19.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan dengan COVID-19 pada pautan di bawah ini.

Keluarga Difitnah Dan Dipulau, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Dilayan Bagai Penjenayah Selepas Positif COVID-19

Pakar Jangka Gelombang Ketiga COVID-19 Di Malaysia Berlarutan Hingga Tahun Depan

Saintis Dakwa Kumpulan Darah O Lebih Selamat, Kurang Risiko Dijangkiti COVID-19

Sumber