Setelah peminat ternanti-nanti status terkini sama ada Separuh Akhir Muzik Muzik 35 Episod Ke-3 akan bersiaran seperti dijadualkan atau tidak, ia telah ditunda ke satu tarikh yang masih belum ditetapkan. Perkara tersebut diumumkan oleh laman rasmi Muzik Muzik di Instagram sebentar tadi.

“Atas langkah keselamatan, Muzik Muzik 35 Separuh Akhir Episod Ke-3 malam ini terpaksa ditunda ke tarikh yang akan diberitahu kelak,” caption Muzik Muzik di Instagram.

Ia susulan penyanyi Alif Satar, yang merupakan salah seorang finalis Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 yang membuat persembahan di episod pertama Jumaat lalu telah disahkan positif COVID-19. Beliau mengumumkan perkara tersebut beberapa jam yang lalu di akaun Instagram rasmi miliknya.

Difahamkan, penyanyi itu dimaklumkan oleh bapanya mengenai salah seorang kontrak rapat yang ditemui Alif pada Selasa lalu positif pandemik itu dan terus bergegas menjalani ujian saringan COVID-19.

Alif kini menjalani rawatan dan proses kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka bermula hari ini.

Ini pula beberapa artikel terkini lain di The Vocket. Klik pada pautan di bawah untuk baca.

Asal Usul Nama Yakuza Dan Mengapa Mereka Tidak ‘Diusik’ Di Jepun

Netizen ‘Berbalah’ Tengok Mural Siling Hasil Tangan Hanis Zalikha

‘Terbang seorang, pulang dengan pasangan’ – Syarikat Penerbangan Dari Taiwan Tawar Khidmat Mencari Jodoh

Sumber