Kekayaan Elon Musk menjunam hampir $62 bilion (RM273 bilion). Jeff Bezos menyaksikan kekayaannya jatuh kira-kira $63 bilion (RM277 bilion). Manakala kekayaan Mark Zuckerberg turun kepada $65.5 bilion (RM288 bilion).

Memetik laporan Bloomberg, 500 orang terkaya dunia difahamkan rugi $1.4 trilion pada separuh pertama tahun 2022, kejatuhan paling buruk pernah berlaku dalam masa enam bulan pertama untuk kumpulan bilionair dunia.

Rekod ini pastinya menunjukkan perbezaan yang mendadak dengan dua tahun sebelum ini, di mana kumpulan bilionair dunia meningkat kekayaan mereka walaupun dunia diserang wabak COVID-19.

Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dan bank pusat bagi merangsang kembali ekonomi selepas wabak COVID-19 adalah antara faktor kekayaan kumpulan ini terkesan.

Selain itu, dengan penggubalan beberapa dasar dan kenaikan faedah bagi memerangi inflasi, beberapa syarikat milik jutawan dunia turut menerima tempias.

Tesla mengalami suku terburuk dalam tempoh tiga bulan hingga Jun, manakala saham Amazon.com turut menunjukkan penurunan.

Bagaimanapun, kerugian yang dialami oleh kumpulan bilionair dunia ini hanyalah kerugian kecil. Musk, pengasas bersama Tesla, masih mempunyai kekayaan terbesar, pada $208.5 bilion, manakala Bezos, pengasas Amazon berada di tempat kedua dengan nilai kekayaan sebanyak $129.6 bilion, menurut Indeks Billionaires Bloomberg.

Bernard Arnault, orang terkaya Perancis, menduduki tempat ketiga dengan kekayaan $128.7 bilion, diikuti oleh Bill Gates dengan $114.8 bilion, menurut indeks Bloomberg.

Facebook habiskan RM100 juta untuk tanggung kos hidup Mark Zuckerberg. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Facebook Habiskan RM100 Juta Untuk Tanggung Kos Hidup Mark Zuckerberg

Pembida Ini Sanggup Bayar RM115 Juta Semata-Mata Untuk Ke Angkasa Lepas Bersama Jeff Bezos

Elon Musk Jadi ‘Gelandangan’ Demi Ke Planet Marikh, Jual Rumah Terakhirnya RM126 Juta