Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah kilang pemprosesan ayam di Sungai Lalang, Bedong dikesan membawa sekumpulan pekerja yang disahkan positif COVID-19 menaiki sebuah lori beramai-ramai sebelum ditahan.

Menerusi kejadian tersebut, seramai 48 pekerja yang baru dipakaikan gelang merah jambu didapati dibawa oleh pihak kilang untuk ditempatkan ke asrama penginapan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

195166714_10215480793253369_102502915177930616_n

Lebih mengejutkan ramai, pemandu lori berkenaan dikatakan telah membuat sebanyak tiga kali perjalanan untuk mengangkut 135 pekerja yang semuanya dimuatkan pada bahagian belakang lori.

Difahamkan pekerja-pekerja ini telah menerima wabak ini di kilang pemprosesan ayam di mana tempat bekerja. Mereka kemudiannya telah dibawa ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) untuk dipakaikan gelang merah jambu.

Turut mendapat perhatian netizen

Isu yang berlaku ini telah mendapat perhatian netizen yang berpendapat pekerja-pekerja ini tidak wajar dilayan sedemikian. Tidak kurang juga yang berang dengan tindakan kilang yang dibuat kilang berkenaan.

Screen Shot 2021-06-14 at 10.23.58 AM
Sumber: facebook penang kini
Screen Shot 2021-06-14 at 10.23.25 AM
Sumber: facebook penang kini

Menerusi kejadian yang berlaku, pemadnu lori berkenaan telah disaman mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan lesen kenderaan memandu (LKM) bagi tujuan yang lain.

Pihak pengurusan kilang turut disiasat kerana kesalahan tidak mematuhi perintah dikeluarkan pegawai berikutan perbuatan cuai yang mungkin membuatkan jangkitan terus menular dan merbahaya kepada nyawa.

20 cawangan McDonald’s Indonesia dilaporkan terpaksa ditutup buat sementara waktu berikutan kebanjiran penghantar makanan yang menyerbu cawangan McDonald’s sehingga berlaku kerosakan barangan.

Penangan BTS Meal, 20 Cawangan McDonald’s Indonesia Terpaksa Ditutup Buat Sementara Waktu

Chef Wan Nasihat Aliff Syukri Perbaiki Resipi Produk Sebelum Jual Kepada Orang Ramai

Sumber