Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Anda yang terpaksa membatalkan perjalanan anda ke Jepun bolehlah datang melancong ke Kedah untuk merawat hati yang kecewa. Anda akan dapat melihat keindahan bunga yang mekar dengan cantik di Kedah terutama sekali sekitar bandar Alor Setar seperti di Jepun.

Setiap tahun pada bulan Mac, pokok bunga tekoma atau lebih dikenali sebagai Sakura Kedah akan mekar mengeluarkan bunga berwarna merah jambu dan putih merupakan fenomena Sakura Kedah yang ditunggu-tunggu ramai orang.

HYPE
Capai 5.4 Juta Tontonan, Alha Alfa Cosmetics Berjaya Mendimensikan AJL 37 Dengan Kemeriahan
Baca lagi →

Pastinya ini satu tarikan yang mesti dikunjungi jika ke Kedah terutama sekali jika anda seorang kaki foto dan anda boleh kongsikan di media sosial. Memang ‘awesome’!

Ini saat yang sesuai untuk anda ke Kedah kerana difahamkan bunga ini akan berbunga mekar selama 14 hari. Untuk membuatkan anda lebih teruja, apa kata lihat beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh pengguna media sosial di bawah ini.

View this post on Instagram

SIAP SEDIA DGN KAMERA SEKARANG JAN-MAC KAT ALOR SETAR SBB BUNGA SAKURA! LOKASI ALOR SETAR: -Jalan Langgar, Jalan Hospital Sultanah Bahiyah – Kedai Alor Setar Breakfast Station – traffic light Highway utara Alor Setar – Masjid AlBukhary – SMK Sultanah Asma -Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti -Depan Masjid AlBukhary -Hospital lama Alor Setar -Jalan ke Kuala Kedah – Jalan Pegawai – Maktab Mahmud Alor Setar LOKASI LAIN: -Jalan otw ke Gunung Jerai & Yan. *boleh cadangkan di komen kat bawah tmpat lain di Kedah yang ada juga bunga ni Bunga Tecoma @ Sakura Kedah biasanya berbunga tahan dua minggu sahaja bergantung kpd cuaca sebelum bunga luruh. Masanya juga x menentu. Ada dua warna; pink dan putih. Bunga pohon tecoma @ nama saintifiknya Tabebuia Rosea kebia­saannya berkembang mekar sekitar Mac saban tahun kerana sifatnya yang memerlukan cuaca panas & kering utk meng­galakkan proses pendebungaan. #sakurakedah #sakuraalorsetar #musimbunga #alorsetar #kedah

A post shared by Atie Coastal Dimsum (@atie_coastal_dimsum) on

Tidak lama lagi cuti sekolah akan bermula, anda yang tidak tahu ingin ke mana mungkin boleh pertimbangkan untuk ke Langkawi, Kedah. Kenapa? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Hotel Di Langkawi Tawar Diskaun Sehingga 70% Selepas Kurang Pelancong Kerana Coronavirus

8 Resort Tepi Sawah Padi Di Langkawi, Kedah Buat Saya Jatuh Cinta

Jika Anda Belum Lihat Ini 22 Gambar Menarik Musim Bunga Di Kedah Untuk 2015