Kereta anda bau hapak walaupun sudah menggunakan pewangi kereta? Mesti anda stress dan bingung mahu lakukan apa agar kereta anda kekal wangi.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @dzulizhar telah berkongsi sebuah video tutorial bagaimana untuk mewangikan kereta anda sendiri seperti di kedai cuci kereta.

Menerusi perkongsian tersebut, beliau menggunakan AirCon Fresh yang dibeli di MR DIY dengan harga RM11.50 sahaja. Walaupun murah tetapi hasilnya seperti anda buat nano mist di kedai cuci kereta yang pastinya lebih mahal.

Mudah sahaja untuk menggunakan ia. Anda hanya perlu ikuti langkah mudah ini dan kereta anda akan berbau wangi serta ‘fresh’ berbulan-bulan. Jom ikuti langkah-langkahnya:

1. Buka penghawa dingin pada kuasa maksimum.

2. Kemudian, buka penutup AirCon Fresh dan letakkan dalam kereta.

3. Tutup pintu dan biarkan sehingga AirCon Fresh habis.

Tunggu apa lagi? Anda boleh dapatkan AirCon Fresh ini di kesemua cawangan MR DIY atau beli sahaja secara dalam talian di sini. Selamat mencuba!

Sementara itu, kami kongsikan kisah perjalanan MR DIY pada pautan di bawah ini.

Dari Kedai Kecil Ke Bursa Malaysia, Ini Kisah Permulaan MR DIY Yang Ramai Tidak Tahu

Ini ‘Bahan Rahsia’ Hilangkan Kotoran Degil Pada Kasut

Ini Petua Mudah Dan Efektif Cegah Cicak Masuk Dalam Rumah Dengan Guna 5 Bahan Di Dapur Anda