Tanpa perlu ke Jepun pun pasti anda sudah selalu melihat keindahan bunga sakura Jepun di Internet, bukan?

Terbaharu, tular di media sosial video rusa menikmati keindahan bunga sakura di Nara Park berikutan ketiadaan pengunjung di taman tersebut. Sedia maklum, Nara Park memang destinasi terkenal bagi pelancong yang berkunjung ke Jepun untuk berada dekat dengan alam semulajadi.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

Dapat dilihat dalam video tersebut, kawanan rusa tersebut seperti sedang mengambil angin di taman sambil menikmati kecantikan sakura berwarna merah jambu yang berguguran ke tanah. Almaklumlah tiada pelancong yang ke taman itu berikutan COVID-19, maka rusa-rusa ini mengambil peluang untuk mencari tempat dan berkeliaran.

Difahamkan, video tersebut diambil oleh jurugambar di Jepun iaitu Kazuki Ikeda ketika sedang dalam sesi photoshoot pasangan sebelum majlis perkahwinan mereka di sana bulan April yang lalu. Berikutan perkongsian itu, video tersebut telah viral di media sosial.

Malah, Kazuki Ikeda mengatakan bahawa selepas penularan wabak pandemik COVID-19 ini tamat, beliau menyeru untuk pelancong datang ke Nara Park untuk berada dekat dengan rusa dan nikmati keindahan alam semulajadi di situ.

奈良公園で前撮りをしてると私たちの姿を見たら鹿さんが一目散でやってきます。人が少なく餌をもらえないので空腹なんでしょうね。でも、この子は花の頭に桜の飾りをつけてやってきました。一緒に写りたかったのかな?#おうちで奈良旅

Posted by Kazuki Ikeda on Thursday, 9 April 2020

deer-cherry-blossom-nara-park-japan-5ec2412dba21a__700

Pastinya jika dalam filem Disney, rusa-rusa ini seperti ada ‘adventure’ mereka sendiri walaupun hanya bersantai di taman. Perkongsian video ini semestinya mengubat kerinduan anda yang pernah berkunjung ke sini. Apa kata anda kongsikan kenangan manis anda berada di Nara Park pada ruangan komen.

Sementara itu, Jepun dikatakan mungkin bayar separuh kos ‘travel’ anda ke sana selepas penularan wabak COVID-19 dapat dikekang. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Jepun Mungkin Bayar Separuh Kos ‘Travel’ Anda Demi Naikkan Kembali Bilangan Pelancong

Anda Mungkin ‘Bebas’ Melancong Seperti Biasa Mulai 2023 Selepas COVID-19

AirAsia Membawakan Perkhidmatan Dompet Digital Tersendiri Dikenali Sebagai ‘BigPay’

Anda Mungkin Suka