Dashcam sudah menjadi satu ‘barang wajib’ yang perlu ada di setiap jenis kenderaan kerana ia sangat membantu untuk merakam situasi-situasi penting semasa berada di atas jalan raya.

Baru-baru ini @BigIdeasMY telah berkongsi ciapan mengenai sebuah dashcam berkualiti yang mempunyai rakaman video jelas, sistem GPS dan sudut pandangan luas sesuai untuk pelbagai jenis kenderaan.

Tambahnya lagi, model dashcam DDPai Mola N3 ini merupakan antara yang terbaik yang ditawarkan di laman web Shopee. Ia boleh merakam video dengan resolusi Full HD 1600P & 30fps, sekaligus pengguna dapat melihat semula rakaman video dengan jelas serta lancar walaupun video dirakam pada waktu malam.

Di samping itu, dashcam DDPai Mola N3 turut dilengkapi dengan sistem GPS yang dapat menjejak lokasi pemandu serta boleh tunjuk pada skrin kelajuan kenderaan yang dipandu oleh pengguna jalan raya lain.

Dashcam ini juga boleh menyemak peta dengan menggunakan Google Maps yang terbina di dalam aplikasi telefon pintar dashcam tersebut.

Selain itu, antara fungsi menarik yang sangat berguna buat orang ramai ialah dashcam tersebut mempunyai rakaman pengawasan 24 jam. Jika ia tidak dapat mengesan sebarang pergerakan kenderaan, dashcam DDPai Mola N3 akan mula merekod selepas kereta dibiarkan selama 15 minit.

Dashcam DDPai Mola N3 hadir dengan dua pilihan versi, samada mempunyai GPS atau tanpa GPS. Orang ramai juga boleh dapatkan dashcam tersebut bersama-sama hardware kit atau tanpa hardware kit.

Bagaimana pula dengan harganya pula? Bersempena jualan 10.10 yang akan tiba tidak lama lagi, dashcam DDPai Mola N3 bakal ditawarkan dengan potongan harga 55% daripada harga asal.

Jika sebelum ini harganya bermula sekitar RM299, pada jualan 10.10 nanti harganya bermula cuma RM209 sahaja. Sekiranya anda tidak mahu lepaskan peluang, anda boleh add to cart hari ini dan terus checkout pada pukul 12.00 pagi, 10 Oktober nanti.

Sumber Gambar: Shopee

Ciapan oleh @BigIdeasMY ini telah mendapat ribuan retweet oleh pengguna Twitter yang lain yang rata-rata menunjukkan minat mahu mendapatkan sebuah untuk kegunaan kenderaan mereka sendiri.

Rata-rata ramai juga seperti tidak percaya dashcam tersebut mempunyai pelbagai fungsi-fungsi canggih yang dapat memudahkan mereka kelak. Lebih-lebih lagi rakaman video boleh menunjukkan kelajuan setiap kenderaan di sekeliling seperti sistem ‘Jarvis’ yang ada pada pakaian Ironman.

Jika anda masih ragu-ragu dengan kemampuan dashcam ini, bolehlah tonton ulasan model DDPai Mola N3 menerusi video YouTube yang kami kongsikan di bawah.

Beli Sekarang DDPai Mola N3

Lihat beberapa rakaman dashcam yang berjaya dirakam sebagai bukti kepada pemilik kenderaan semasa berlakunya kemalangan.

‘Mujur Ada Dashcam, Kalau Tidak Penunggang Motosikal Yang Akan Dipersalahkan’- Netizen

Lori Pasir Hilang Kawalan Rempuh Myvi Hingga Remuk Teruk

Orang Ramai Cemas Lihat Rakaman ‘Dashcam’ Kereta Nyaris Langgar Polis Di Selekoh

Sumber