Isu seorang lelaki, Fdaus Ahmad mempertahankan hak beliau untuk mendapatkan kembali duit 5 sen yang tidak dikembalikan atas alasan ‘tiada duit kecil’ menjadi isu hangat dalam kalangan netizen. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju dengan penulisan lelaki tersebut.

Ada yang berpendapat tindakan ‘tegas’ Fdaus Ahmad itu sebenarnya akan menyebabkan cashier terbabit ditolak gaji andai kiraan jualan kurang dan ada yang berpendapat perihal duit kecil ini adalah tanggungjawab majikan dan pekerja tidak sepatutnya ditolak gaji jika ia berpunca daripada salah majikan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sehubungan dengan itu, pihak Zus Coffee telah mengeluarkan ‘permohonan maaf’ di media sosial perihal insiden tersebut. “Untuk semua 5 sen yang kami tidak dapat pulangkan, Maaf. Terimalah diskaun (baucar) 75 sen untuk segala kesulitan,” tulis Zus Coffee di perkongsian tersebut.

Netizen merasakan permohonan maaf itu bernada sinis dan ibarat mengejek mereka yang pernah berhadapan dengan situasi seperti itu. Bukan itu sahaja, promo tersebut juga ‘tertakluk kepada terma dan syarat’, mempunyai quota dan cuma boleh ditebus menerusi aplikasi Zus sahaja. Tidak pilihan bayaran secara tunai.

Menerjah di ruangan komen, ada yang mahu Zus Coffee mengisytiharkan berapa nilai 5 sen yang telah diambil mereka sebelum ini dengan alasan tiada duit kecil. Tidak kurang juga ada yang berpendapat Zus cuba ‘menunggang’ isu ini dengan nada bergurau tetapi backfire kepada mereka.

https://twitter.com/TechieKitteh/status/1575908013940301828

Semoga insiden ini menjadi pengajaran buat semua dan membuka mata pelanggan bahawa mereka mempunyai hak untuk mempertahankan diri jika berada dalam situasi seperti ini.