Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak daripada semalam sudah mulai tular beberapa buah rakaman video pergaduhan di mana dua kumpulan lelaki berkejaran melibatkan pelanggaran beberapa buah kereta semasa cuba melarikan diri dari tempat kejadian.

Antara kenderaan yang rosak akibat pergaduhan semalam ialah sebuah BMW 5 Series, Mazda 3, Proton Waja, Nissan Navara dan Proton Preve. Rakaman video tersebut dibuat oleh beberapa penduduk Taman Juara Jaya, Batu 9 Cheras.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan, pihak polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki pada pukul 6.37 petang dan telah menahan empat suspek dan dua individu cedera sedang dirawat di hospital.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Datuk Fadzil Ahmat memaklumkan pihaknya bersama JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan JSJ IPD Serdang sedang berkerjasama menjalankan Ops Cantas bagi mengesan saki baki suspek bagi membantu siasatan.

“Motif kejadian adalah perebutan kawasan jualan dadah antara Geng 08 Sungai Besi Indah dari Serdang dan Geng 36 Bukit Belimbing dari Kajang,” kata Datuk Fadzil Ahmat.

vocket-gaduh-berlanggar-cheras-bwm-1

Sumber Gambar: Facebook

Ini antara reaksi yang dikongsikan oleh pengguna media sosial pada video yang tular baru-baru ini.

“Aku respek geng ni. Walaupun bergaduh berparang bagai, mereka tetap patuhi SOP. Tahniah anak muda.”

“Wah, siap suruh penduduk duduk diam-diam dalam rumah lagi.”

“Rekrut mereka semua ke medan perang. Keberanian macam ini yang kita mahukan.”

Sehingga tengah hari tadi, pihak polis telah menahan seramai 14 individu bagi membantu siasatan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata serta Seksyen 148 kanun sama kerana memiliki senjata dan merusuh.

Pada minggu lalu sebanyak 17 MPV polis mengejar suspek yang memandu secara berbahaya di sepanjang Lebuh Raya EDL.

Mirip Aksi Fast & Furious, 17 MPV Polis Kejar Suspek Pandu Toyota Altis Secara Berbahaya

Ibu Mencuri Kerana Terdesak, Ketua Polis Daerah PJ Turun Padang Hulur Bantuan

Anda Mungkin Suka