Terletak di Kelantan, sebuah keluarga tinggal dalam rumah yang usang dan seperti sudah lama ditinggalkan. Itulah rumah yang didiami Razali Mohd Nor bersama keluarganya sejak 16 tahun lalu.

Menurut laporan, Razali bersama isteri dan 3 orang anaknya yang masih lagi bersekolah menetap di rumah yang disewa oleh Razali dengan kadar RM150 sebulan menjadi tempat teduhan mereka sekeluarga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi anda mungkin RM150 bukanlah jumlah yang besar tetapi bagi Razali kadar itu masih tidak mampu dibayarnya berikutan kekurangan wang. Untuk pengetahuan anda, Razali hanya bekerja sebagai buruh binaan dimana tidak mempunyai pendapatan tetap.

1115RSISTANA_1605487789

Sebelum ini, Razali menjaja air di tapak Padang Bas, Jalan Pintu Pong tetapi sudah ditutup sejak 10 tahun lalu. Oleh itu, Razali yang tidak mempunyai sebarang kemahiran terpaksa menjadi buruh binaan dengan mengambil upah membancuh simen.

Menurutnya, disebabkan tidak mempunyai kemampuan menyewa di tempat lain dan anak-anaknya bersekolah di kawasan sekitar membuatkan dirinya masih tetap bertahan tinggal di sana.

Tambahnya lagi, pemilik rumah yang memahami keadaan keluarganya tidak pernah memaksanya membuat bayaran. Tidak mahu dilabel mengambil kesempatan atas kebaikan tuan rumah, maka Razali akan tetap membayar jika mempunyai wang.

Jika kita sudah berasa susah, ada lagi orang di luar sana yang lebih susah daripada kita. Sentiasalah bersyukur dengan rezeki yang anda miliki.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Hilang Kerja Di Awan Biru, Bekas Pramugari Ini Cuba Nasib Jual Nasi Kukus Demi Cari Rezeki

Restoran Berstatus Halal Didakwa Guna Daging Babi Dalam Mee Kari?

Lebih 12 Tahun Tinggal Di ‘Kandang Kambing’, Keadaan Nenek Yang Susah Di Kelantan Ini Curi Perhatian

Sumber