Ketika ini, TikTok sudah menjadi medium untuk orang ramai mengetahui isu semasa dan ‘pergi’ ke sesuatu tempat hanya dengan melihat video pendek dikongsikan oleh para pengguna TikTok.

Terbaharu, sebuah video TikTok perkongsian Irfan Khairi menunjukkan suasana di sebuah klinik kerajaan di Dubai telah tular di media sosial. Menerusi video itu, dapat dilihat klinik kerajaan di Dubai berada dalam ‘level’ yang berbeza.

@irfan.khairi

Pelik tak? Apa pendapat anda Dubai??? 🤯

♬ Ampun Bang Jago – Tian Storm & Ever Slkr

Mana tidaknya, robot-robot kecil digunakan dalam klinik kerajaan bagi membantu doktor menghantar sampel darah ke makmal. Bukan itu sahaja, para pesakit yang berada dalam klinik juga boleh memesan minuman seperti kopi secara percuma dan akan dihantar oleh robot.

Kecanggihan dan layanan terbaik yang ditonjolkan dalam video tersebut mendapat perhatian netizen. Rata-rata netizen berasa kagum dengan kecanggihan klinik kerajaan Dubai dan turut menzahirkan rasa mahu berpindah ke sana.

photo_2021-07-31_10-43-48

photo_2021-07-31_10-43-57

photo_2021-07-31_10-44-01

photo_2021-07-31_10-44-04

Malah, ada juga netizen yang berharap kemudahan dan kecanggihan di Dubai ini akan berada di klinik di Malaysia juga satu hari nanti. Tidak hanya itu, para netizen turut berasa klinik kerajaan Dubai ini canggih seperti berada di masa depan. Cuba anda bayangkan klinik kerajaan Malaysia seperti ini pada masa hadapan, pasti lebih selesa.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan video yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Jelas, Stabil Dan Tidak Masuk Campur’- Netizen Puji Skill Jurugambar Ini Rakam Video Pergaduhan

Video ‘Tour’ Ke Rumah Sebenar Pengabdi Setan Di Indonesia Buat Netizen Seram Sejuk

Netizen Cemburu Lihat Lelaki Warga Malaysia Ini Bergerak Bebas Tanpa ‘Face Mask’ Di New Zealand

Anda Mungkin Suka