Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Sebelum ini, Neelofa telah pasarkan produk inai dan telah meraih pelbagai reaksi daripada penggunanya serta ada juga yang mendakwa bahawa inai tersebut tidak sah untuk dibawa solat.

Terbaharu, Neelofa di Insta story miliknya berkongsi bahawa orang ramai sudah boleh membeli produk tersebut di Shopee Innai NunHa HQ. Isu ini telah meraih perhatian ramai pihak terutama sekali agen dan stokis.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Menerusi satu perkongsian di Facebook, ada yang berasa tidak puas hati apabila Neelofa membuka jualan produk Innai NunHa di Shopee kerana ia akan menganggu jualan agen dan stokis.

Mana tidaknya, bukan mudah untuk agen dan stokis mahu menghabiskan stok yang dipegang mereka jika HQ sudah mula jual produk tersebut. Perkongsian tersebut juga mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mengatakan tindakan Neelofa seperti ‘menikam belakang’ agen dan juga stokis.

Menjengah ke ruangan komen, para netizen berpendapat bahawa hal ini tidak sepatutnya terjadi kerana akan menjejaskan jualan stokis dan agen yang bertungkus lumus memasarkan produk tersebut.

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan inai Neelofa pada pautan di bawah ini.

Didakwa Miliki Pelbagai ‘Pantang Larang’, Segelintir Netizen Kecewa Dan Kritik Hasil Inai Neelofa

‘Selfie’ Topson Depan Restoran Mee Tarik Di KL Buat Peminat Dota Seluruh Dunia Mahu Cubanya