Umum tahu, sejak akhir-akhir ini harga makanan dan minuman di restoran semakin meningkat naik. Hal ini disebabkan meningkatan harga barang mentah dan juga kos operasi.

Di sebalik kenaikan harga makanan dan minuman, siapa sangka kangkung yang boleh didapatkan dengan harga mampu milik bagi berat sekilogram dijual dengan harga yang melampau di sebuah restoran yang tular ini.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @wiwinbollmixdance meluahkan rasa tidak puas hati apabila sepinggan kangkung yang dipesan di sebuah restoran ini hadir dengan harga mencecah RM22.

Difahamkan, beliau hadir ke restoran tersebut gara-gara terpengaruh dengan review TikTokers popular yang kerap memuji serta review restoran tersebut.

@wiwinbollmixdance

Nasib baik staf layan baik…angin dah naik dah ni😒#wiwinbollmixdance #wiwinreview

♬ bunyi asal – WIWINBOLLMIXDANCE – WIWINBOLLMIXDANCE

Terkejut dengan harga sepinggan kangkung, beliau seterusnya turut memaklumkan kepada pihak pelayan restoran. Meskipun berang dengan harga tinggi yang dikenakan, wanita ini memaklumkan berpuas hati dengan hidangan lain yang dipesan malah turut memuji kesedapannya.

Selain itu, beliau turut memuji dengan pihak pekerja yang dengan penuh sabar menjelaskan harga sepinggan kangkung yang sudah dipaparkan pada menu.

Perkongsian yang dibuat turut meraih pelbagai respon di kalangan netizen yang turut terkejut dengan harga sepinggan kangkung di restoran tersebut. Malah, terdapat netizen yang berpendapat kangkung di restoran tersebut mungkin diambil di atas gunung atau mungkin alam bunian.

Sumber: TikTok @wiwinbollmixdance
Sumber: TikTok @wiwinbollmixdance

Situasi yang berlaku turut memberi pengajaran kepada orang ramai agar lebih teliti dalam membuat pesanan serta menyemak menu sebelum membuat tempahan. Hal ini dapat mengelakkan daripada para pelanggan terlebih berbelanja serta terkejut dengan harga yang dikenakan oleh sesebuah restoran.