Waktu malam merupakan salah satu masa yang digunakan orang ramai untuk  melakukan aktiviti persendirian seperti bermain sukan, menghadiri kelas dan melakukan perniagaan sampingan.

Pada malam semalam tular satu rakaman video menunjukkan cermin sepuluh buah kereta dipecahkan tanpa sebab oleh pihak tidak bertanggungjawab. Kejadian tersebut berlaku semasa orang ramai bermain golf di Driving Range, Kota Damansara.

Kejadian tersebut telah menyebabkan kesemua pemilik kereta yang menjadi mangsa keliru dan bingung dengan apa yang terjadi kepada kereta mereka.

Jika dilihat daripada ‘bentuk’ cermin yang pecah, kelihatan seperti penyerang menggunakan kayu golf dan menghayun pada semua kereta yang terlibat.

vocket-cermin-kereta-pecah-angkara-khianat-3
Sumber Gambar: Facebook WAN MAHUSSIN WAN ZAIN
vocket-cermin-kereta-pecah-angkara-khianat-4
Sumber Gambar: Facebook WAN MAHUSSIN WAN ZAIN
vocket-cermin-kereta-pecah-angkara-khianat-5
Sumber Gambar: Facebook WAN MAHUSSIN WAN ZAIN

Pemilik kenderaan menolak kemungkinan kejadian tersebut bersifat rompakan tetapi lebih kepada perbuatan khianat serta merosakkan dengan niat.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut yang dikongsi mengenai perbuatan khianat ini. Pernahkah anda melalui pengalaman seperti ini sebelum ini?

Baru-baru ini sebuah kereta telah melanggar palang tol apabila sebuah motosikal menyelit di laluan SmartTag.

Kereta Langgar Palang Tol, Gara-Gara Motosikal Menyelit Di Laluan ‘SmartTag’

Kancil ‘Legend’ Ditemui Di Bukit Bintang, Netizen Dakwa Pemiliknya Bukan Orang Biasa

Dirakam Selamba Buang Sampah Dari Kereta, MBPP Bakal Ambil Tindakan Tegas

Sumber