Jika anda merupakan pengguna media sosial tegar sudah pasti anda pernah melihat trend penghasilan video mekap yang dikenali sebagai #LathiChallenge ketika ini.

Video pendek yang memaparkan perubahan wajah dengan menggunakan mekap yang menyeramkan dan berlatar belakangkan lagu Lathi nyanyian Weird Genius ini semakin menjadi ikutan dalam kalangan netizen terutama golongan muda.

lathi

Trend tersebut bagaimanapun menurut beberapa penceramah bebas bukanlah sesuatu yang baik untuk dilakukan umat Islam kerana ditakuti menggunakan tarian yang berunsur tidak baik buat umat Islam dalam penghasilan video tersebut.

Menurut Da’i Wan atau nama sebenarnya Wan Dazrin, challenge yang dilakukan itu adalah berbahaya untuk dijadikan hiburan oleh golongan muda.

Ini kerana menurutnya, ada tarian wujud dari sesetengah budaya Jawa yang berunsur syirik dan khurafat seperti memanggil Kuntilanak dan roh Kuda Kepang.

wan dazrin

“Hanya Allah SWT sahaja tahu apa yang terlintas dalam hati saya bila saya ditontonkan dengan #LathiChallenge.

“Sungguh ia menakutkan,” jelasnya.

https://twitter.com/wandazrin/status/1268566683628662784

Selain daripada Da’i Wan, antara penceramah lain yang turut memberi komen mengenai trend tersebut adalah Pencetus Ummah Syed Bakri yang berkongsikan hujah kenapa ia tidak patut ditiru dalam satu perkongsian di akaun Instagram miliknya baru- baru ini.

Menurutnya perbuatan meniru budaya dari negara luar itu bukanlah satu perkara yang baik untuk dilakukan dan tidak tergolong dalam perkara sunnah (ikutan bukan sunnah Rasulullah).

Tambah beliau adalah lebih baik sekiranya umat Islam di negara melakukan challenge yang lebih bermanfaat seperti membaca al-Quran.

“Kita dapat lihat bila mana kita melakukan watak seperti itu dengan TikTok dan sebagainya, nombor satu kita telah meniru satu sunnah yang tidak baik.

“Sunnah ni jalan.Bukan sunnah Rasulullah. (Sertakan hadis).

Mengulas mengenai gesaan untuk menghentikan challenge tersebut, beberapa netizen juga dilihat turut senada dengan penceramah-penceramah bebas ini.

Menurut mereka, challenge tersebut dilihat mempunyai unsur-unsur pemujaan yang berkaiy dengan budaya masyarakat Jawa.

https://twitter.com/dila_izzati/status/1268577464353124352?s=20

Bagaimanapun, ada netizen yang dilihat cuba menjelaskan maksud sebenar  challenge tersebut dan menyifatkan ia tidak salah untuk dilakukan.

Ini kerana menurutnya, lirik tersebut berasal dari peribahasa dan tidak berunsurkan mistik seperti yang disangka.

Walau tiada hukum yang mengatakan ianya adalah salah untuk dilakukan, namun sebagai umat Islam adalah lebih baik untuk kita berpandukan kepada nasihat diberikan bagi mengelakkan daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Atau anda juga mungkin boleh melakukan ‘Wipe It Challenge’ seperti yang dilakukan Tok Ti bersama anak perempuannya sebelum ini. Sambil melakukan challenge anda juga berkesempatan untuk mengemas cermin rumah yang mungkin sudah lama tidak dibersihkan.

Baca perkongsian kami mengenai challenge yang dilakukan Tok Ti sebelum ini di pautan di bawah. 

Suntingan Video ‘Wipe It Challenge’ Tok Ti Berterabur, Netizen Tampil Salahkan Cermin

Lihat Senarai Artis Malaysia Yang Sahut Cabaran #AgeChallenge

Bukan Patung, ‘Unbox Challenge’ Versi TUDM Ini Yang Paling Hebat Setakat Ini