Drama Korea sudah semakin mendapat tempat dihati para penonton di Malaysia. Akan tetapi, masih ada yang kurang meminatinya kerana kebanyakkan drama Korea dianggap agak klise.

Balik-balik kisah tentang si kaya yang jatuh hati pada si miskin, kalau tidak itu, pasti cerita tentang cinta tiga segi atau kisah cinta antara manusia dan makhluk lain seperti alien ataupun ikan duyung. Drama genre merentas masa atau parallel universe pun wajib berpaksikan cinta, bosan!

Kami dengar keluhan anda, maka kami senaraikan drama Korea yang seram dan menakutkan yang pasti mampu membuatkan anda tidak tidur malam nanti untuk anda tonton.

1. The Guest

Drama ini mengisahkan tentang seorang psikik, Yoon Hwa-pyung, paderi Choi Yoon, dan seorang detektif bernama Kang Gil-young yang menyiasat kes jenayah aneh di samping menghalau kejahatan dengan menggunakan teknik exorcism Korea. Drama ini dibarisi pelakon hebat seperti Kim Dong-wook, Kim Jae-wook dan Jung Eun-chae.

2. Possessed

Kalau anda meminati drama genre jenayah dan penyiasatan, ini adalah drama untuk anda tapi apa yang menarik tentang drama ini, ia juga turut mempunyai elemen seram! Mengisahkan tentang detektif Kang Pil-sung yang bertemu dengan Hang Seo-jung, seorang psikik ketika beliau sedag menyiasat sebuah kes, mereka kemudiannya mula menyelesaikan kes bersama menggunakan kebolehan istimewa masing-masing.

3. Come Back Mister

Kalau drama tadi itu terlalu seram dan serius untuk anda, mungkin anda boleh cuba menonton drama ini! Mengisahkan tentang dua orang lelaki yang telah mati dan kembali ke dunia manusia tapi bukan sebagai diri mereka sendiri, sebaliknya sebagai seorang jejaka tampan yang dilakonkan oleh Rain dan wanita cantik yang dilakonkan oleh Oh Yeon-seo untuk menyelesaikan urusan sebelum mereka pergi buat selamanya.

4. Kingdom

Berlatarkan zaman Joseon dan mengisahkan tentang seorang menteri yang ingin mengambil alih takhta dengan ‘menyimpan’ raja yang sakit. Rahsia menteri tersebut kemudian cuba diungkap oleh putera mahkota dan beliau berusaha untuk mencari doktor bagi merawat bapanya yang telah berubah menjadi zombie. Wabak zombie tersebut turut tersebar kepada orang ramai.

5. Master’s Sun

Kalau anda cuba untuk mencari senarai drama seram korea, pasti drama ini akan ada di dalam senarai tersebut! Mengisahkan tentang seorang pemilik syarikat yang kaya tetapi sombong dan seorang gadis yang mempunyai kebolehan untuk melihat makhluk halus selepas beliau terjaga dari koma kerana kemalangan.

6. Priest

Drama ini mengisahkan tentang Oh Soo-min, seorang paderi Katolik muda dari kumpulan 643 Regia iaitu kumpulan yang melakukan exorcism secara tidak rasmi dan juga Ham Eun-ho yang merupakan seorang doktor yang tidak percaya kepada Tuhan. Cerita bermula ketika Eun-ho menyaksikan satu fenomena ghaib dan bertemu Paderi Oh Soo-min.

Kalau anda merupakan peminat genre seram dan ingin cuba berjinak dalam dunia drama Korea, mungkin anda boleh cuba menonton mana-mana drama pilihan kami dan kongsikan pendapat anda tentangnya.

Sementara itu, ini pula review kami tentang trailer buat drama Sweet Home yang bakal disiarkan pada bulan ini. Katanya menyeramkan dan mempunyai elemen aksi!

Lebih Seram Dan Aksi, Netflix Kongsi Trailer Rasmi ‘Sweet Home’ Yang Pasti Menghantui Anda

6 Drama Korea Yang Menarik Untuk Anda Tonton Sepanjang Bulan Disember Ini