Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Jun 2020 telah menyaksikan hampir 1,200 butik jenama pakaian terkenal di seluruh dunia, Zara ditutup kerana jualan mereka terjejas teruk sebanyak 44% angkara COVID-19.
Sudahlah hampir diambang muflis dan baru-baru ini pada 11 Jun 2021, Zara sekali lagi dibebani masalah selepas Ketua Pereka Fesyen pakaian wanita Zara, Vanessa Perilman didakwa membalas Insta Story yang dimuat naik oleh seorang model berketurunan Palestin, Qaher Harhash dengan kenyataan komen berunsurkan anti-Palestin, lapor Middle East Monitor.

“Jadi point awak di sini mahu satu dunia melihat Israel sebuah negara yang kejam terhadap Palestin? Oh Tuhan, hendak termuntah saya.
“Tidak mengapalah sebab orang-orang dalam industri saya (fesyen) tahu sangat tentang kebenaran di sebalik kekecohan antara Palestin dengan Israel dan sampai bila-bila saya akan tetap sokong Israel.
“Jadi, jika bangsa anda terdidik dengan baik, mereka mungkin tidak akan meletupkan hospital dan sekolah yang dibiayai Israel di Gaza.
“Amat berbeza sekali, Israel tidak mengajar kanak-kanak untuk membenci apatah lagi melontar batu ke arah tentera seperti yang dilakukan bangsa Palestin.
“Cukup kelakar apabila anda merupakan seorang model dan realitinya sudah jelas pekerjaan itu amat bertentangan dengan ajaran dan kepercayaan seorang Muslim,” balas komen daripada Vanessa kepada Harhash.
Vanessa sepertinya sudah ‘koyak’ mentalnya setelah tangkap layar mengenai perbualannya bersama Harhash mulai tular di media sosial lantas segera memadam segala akaun media sosial miliknya termasuk akaun Instagram. Difahamkan, tangkap layar tersebut mulai tular selepas Harhash sendiri yang memuat naiknya di Insta Story.
Vanessa Perliman a head designer at Zara DM’d a young Palestinian model this racist garbage and when she was called out gave a lukewarm apology before deleting all her social media. I emailed Zara to demand that disciplinary action be taken and this was their dismal response. pic.twitter.com/eCJ6FUei2u
— Nooran A. (@nooranhamdan) June 11, 2021
Hi @ZARA , we wont stay silent about your head designer attacking Palestinian model for supporting #FreePalestine instigating hate & vowing to defend Israeli crimes in #Palestine #Gaza showing disgusting racism, Islamophobia & anti Palestinianism. Take action or #BoycottZara https://t.co/aRXz8RX08c pic.twitter.com/PgiilX9X3P
— Omar Ghraieb🇵🇸 (@Omar_Gaza) June 13, 2021
@ZARA if you guys have any care or concern for your Muslim consumers you would do some form disciplinary action for Miss Perliman for her blatant Islamophobia. Otherwise we will be boycotting your clothing store until you sanction her for her disgusting comments about Muslims. https://t.co/JFvAdDmvVW
— Haya AlThani (@hayabntalwaleed) June 11, 2021
Kenyataan Vanessa itu amat sukar dimaafkan oleh penyokong Palestin dan rata-rata mereka mahu boikot segala produk keluaran Zara. Susulan itu, netizen segera mengemukakan aduan rasmi kepada e-mel maklum balas syarikat Zara. E-mel tersebut dibalas namun jenama fesyen itu masih belum mengambil apa-apa tindakan terhadap Vanessa.
Setakat artikel ini ditulis, Zara telah membalas dengan satu kenyataan yang menyatakan bahawa Vanessa Perilman sudah ‘memohon maaf’ dan permohonan maaf itu diterima dengan hati terbuka oleh Qaher Harhash.
Tidak mahu rugi berpanjangan, Zara dilaporkan bakal tutup 1,200 cawangan di suluruh dunia.
Tidak Mahu Rugi Berpanjangan, Zara Bakal Tutup 1,200 Cawangan Di Seluruh Dunia