Serangan London berlaku pada hari semalam. 5 orang terkorban termasuk seorang anggota polis.

Kejadian berlaku pada pukul 2.40 petang di atas Jambatan Westminster. Sebuah kenderaan utiliti sukan merempuh sebilangan pejalan kaki lalu menyerang seorang anggota polis yang sedang berkawal di luar Parlimen.

Setelah rempuhan, pemandu keluar daripada kenderaan lalu menikam anggota polis. Pasukan polis yang lain kemudiannya menembak mati beliau.

Menurut Mark Rowley, Timbalan Pesuruhjaya (sandaran) Polis Metropolitan bahagian anti-keganasan berkata, mereka percaya penyerang terpengaruh dengan idealisme keganasan antarabangsa.

Namun begitu identiti dan motif penyerang masih belum diketahui.

Polis ketika mengenal pasti suspek-suspek lain. Reuters

Parlimen ditutup, menteri-menteri terperangkap di dalam bangunan itu selama 4 jam.

Satu carian dilakukan untuk mengenal pasti penyerang-penyerang lain, tetapi setakat ini, dipercayai hanya seorang penyerang terlibat.

3 orang meninggal dunia selepas kejadian manakala seorang wanita diselamatkan dari Sungai Thames dengan kecederaan serius.

Beberapa orang pelajar menengah berbangsa Perancis dan 3 orang anggota polis yang lain juga cedera akibat rempuhan.

Beberapa kawasan dikosongkan, dengan sistem kereta api bawah tanah ditutup. Perniagaan di sekitar kawasan itu juga turut terhenti.

Sumber